View: 14287|Reply: 58
|
[Video]
Pasar Ramadan kurangkan pahala isteri memasak - Pendakwah bebas
[Copy link]
|
|
Pasar Ramadan kurangkan pahala isteri memasak - Pendakwah bebas
Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Kemas kini: Jun 23, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 23, 2015 14:32 MYT)
PENDAKWAH BEBAS: Pasar Ramadan kurangkan pahala isteri memasak - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kewujudan pasar Ramadan hampir di setiap kawasan menjadi salah satu faktor pengurangan pahala isteri yang memasak hidangan berbuka puasa bersama keluarga.
Bagaimana tidak, pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, peluang isteri yang mahu mencari pahala lebih kerana menyediakan makanan berbuka akhirnya terbantut akibat pembelian lauk dan kuih dari pasar Ramadan.
"Matlamat puasa rakyat malaysia tidak tercapai sangat sebenarnya. Apa yang seharus dilakukan tidak diikut, Nabi Muhammad dahulu berbuka dengan tamar, kalau tidak dia meneguk air dan kemudian bersembahyang.
"Kalau kita tengok di negara ini, kita harus tanya kenapa perlu ada pasar Ramadan? Apakah kita semakin jauh dari amalan yang dilakukan nabi, ia seperti menjauhi sunnah yang harus diikuti.
"Pembaziran pasti akan berlaku, lauk pauk dan kuih pasti akan berlebihan. Isteri yang hendak mengecap sedikit pahala semasa menyediakan masakan anak-anak dan orang berpuasa juga dilihat tidak mencapai matlamatnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Md Daud mengulas kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mahu kerajaan mewujudkan Akta Pembaziran Makanan bagi mengelak pihak tertentu melakukan pembaziran terutama ketika bulan puasa.
Selain itu kata Nadzim, kira-kira RM9 bilion nilai makanan sudah dibazirkan ketika berbuka puasa sekali gus memberi tafsiran salah kepada permintaan pasaran semasa.
"Ramai masyarakat kini terperangkap dalam budaya berpuasa kena makan banyak mana, kemudian buang. Ini budaya yang saya takut boleh merosakkan masyarakat," katanya ketika dilaporkan sebuah portal.
Sehubungan itu kata Md Daud, suami serta anak-anak dinasihat untuk tidak membeli pelbagai jenis juadah seandainya tahu isteri atau ibu mereka menyediakan makanan untuk berbuka puasa di rumah.
"Suami ke pasar Ramadan beli macam-macam, isteri di rumah juga masak, itu tidak dicampur anak-anak yang membeli belah juadah berbuka.
"Apabila sampai ke rumah, dihidang dan tidak habis selepas waktu berbuka. Jadi ia hanya membazir sekali gus semua yang terlibat menjadi kawan syaitan," jelasnya.
Sebelum ini, satu undian di Astro AWANI mendapati pasar Ramadan di Stadium Shah Alam menjadi lokasi paling trending untuk membeli juada berbuka puasa tahun ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini betul betul nak ajak Melayu balik ke 1500 tahun lepas ostaz ni drive kereta ataupun naik unta? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa kalau suri rumah sepenuh masa dapat jaa masak .. Tapi kalau yg bekerja tak sempat nak masak sbb masa tak mengizinkan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dosa pahala Allah yang kira... Allah pon takkan beratkan sesuatu di luar kemampuan umatnya..isteri skrg byk yg kuar bekerja.. Tu pon takkan Allah x kira pahala tolong kurgkn beban suami... Jgn sempit sgt tuan haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aku yg suri rumah pun g pasar ramadhan
sbb ayah aku tahu mak aku dah makin tua
x larat memasak
n ayah aku pun bukan jenjs lelaki yg pandai masak, so ni satu cara utk dia tunjuk kasih sayang dia (wpun dia x ckp)
Sweet x ayah aku.
hahaha
Tak macam anak2. Bila balik kg nak berbuka je rekues memacam soh mak masak.
kesian mak mak yg dah warga emas.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju kat ostad ni pasal pembaziran je.. sesuatu yg sentiasa perlu di ingatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Abang aji you kalau xsuka wife u p param habaq la kat dia dok potpet kat paper buat apa.TB letewwww |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa....isk isk...pahala tu tak pe laa isteri lebihkan tadarus ke, perkara sunat lain ke etc... isk3 |
|
|
|
|
|
|
|
Patut laki blanja isteri mkn bufet romadon kt hotel. Inilah masanya fefeeling candlelight dinner syariah compliant kaedahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri2 yang keluar bekerja membantu suami tak kira bulan apa taknak kira dia punya pahala ker ustaz ooi??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni keja..blik dh kul7 nk msk pekebendanya tuan haji oi...lg pun klau time posa ni my hubby x bg aku msk coz dia kesian dekat bini dia..agaknya tuan haji ni jenis kerah kudrat bini memasak..bnyk g pahala yg boleh dpt selain dr memasak..tu pepagi bini2 dok siap sahur kat laki dgn ank2 x dpt pahala ke??lebih baik tuan haji nek unta je |
|
|
|
|
|
|
|
Pahala menghenjut pula naik berganda2 sebab tiap2 malam kan sis? Masa slepas qiamullail dgn imsak tuh xkan jeling2 geli jah? |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah la makanan tu drpd isteri masak ke atau beli kt param
janji guna duit laki sbb mmg tanggungjawab dia sediakn mkn minum
|
|
|
|
|
|
|
|
famri7 replied at 23-6-2015 07:04 PM
Pahala menghenjut pula naik berganda2 sebab tiap2 malam kan sis? Masa slepas qiamullail dgn imsak t ...
ade masa ke bulan posa org nk berjimak sbb sibuk nk wat ibadah sunat lain kan..ngantuk nk tak cukup tido lg.
lg pun penat posa
jd rasanya depa ni berjimak selepas cuti seminggu raya lah kan.
blk kg mmg tak blh sbb tido gelempangan depan tv ramai2. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau duit bekepuk dan tak perlu isteri kerja bolehla nk pompang2 psl nk suruh isteri masak. Balikpun dah penat nk berckp psl pahala masak pulak. Cetek sgt pemikiran. Dah ada kemudahan beli ajerlah. Byk lg ibadah lain yg boleh dapat pahala. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya tajuk. Mengundang hencapan.
Padahal isi ustaz tu tepat. Pasar buat orang ramai membazir. Matlamat puasa tak tercapai.
Dan poremer pemalas hanya tau baca tajuk aja sama ikut menghencap tanpa baca isi. Bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Isi ustaz tu kata suruh jangan membazir.
Bukan suruh kau orang jangan makan langsung makanan pasar ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku surirumah walau jarang g bazar, tp pandangan aku isteri pg bazar sediakan makanan utk suami hidangkan walau makanan bazar pun dpt pahala.
Hidangkan utk suami beb..walau beli ngt xsusah ke.dpt bini yg teruk ..hello bang u nak buka beli sdiri k..tapau kat bazar,i dh tapau i punya td.yg gini baru teruk |
|
|
|
|
|
|
|
bab membazir tu aku setuju..
bab kurang pahala sbb tak masak tu cam hapa jah aku rasa..
kalo dah balik keja sampai umah pun dekat kol 7 nak masak pe yg sempat ust oitt??
tak penah pulak dengar memana ust ckp "kurang pahala suami yg benarkan isteri keja, menyebabkan suami kurang mengeluarkan nafkah utk keluarga"
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|