CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buka Pintu Rumah Lalat Terus Masuk Dalam Kain- Makan Nasi Pun Termakan Lalat Sekali

10-12-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3277| Komen: 34

Bentong– Nikmat kehidupan dan ketenangan tinggal di kampung kini tidak lagi dirasai oleh kira-kira 300 penduduk di Kampung Lembah Jaya di sini gara-gara serangan lalat sejak dua tahun lalu.


Situasi menggelikan itu tidak hanya dialami di kampung ber­kenaan, malah kewujudan lalat dalam jumlah yang banyak turut berlaku di kampung berhampiran seperti di Kampung Ampang dan Kampung Hayat di sini.

Akibat ‘serangan’ lalat itu mengakibatkan kira-kira 60 buah rumah di Kampung Lembah Jaya terpaksa ditutup 24 jam sekali gus menjadi seperti sebuah perkampungan kosong.


Foto: Kosmo

Tinjauan Kosmo! mendapati, kewujudan lalat di kampung berkenaan sangat luar biasa apabila semua kawasan sama ada rumah dan tempat awam se­perti surau dan pondok bas turut dipenuhi serangga tersebut.

Lebih memeritkan apabila lalat berkenaan akan memasuki seluar atau kain yang dipakai penduduk setiap kali pintu rumah dibuka.

Seorang penduduk Azman Latip, 43, berkata, serangan lalat luar biasa itu berlaku sejak dua tahun lalu, menyebabkan penduduk berasa resah dan hilang ketenangan hidup di kampung sendiri.

Katanya, penduduk bagaikan terkurung di dalam rumah ma­sing-masing apabila terpaksa menutup tingkap dan pintu semata-mata untuk mengelak serangan lalat.

“Keadaan lebih teruk jika ada anak kecil dan orang uzur, pernah saya keluar rumah ke kedai dan terlupa tutup tingkap, apabila balik, saya lihat lantai bilik kehitaman dipenuhi lalat dan bapa saya yang uzur dan terba­ring akibat lumpuh turut dihurung serangga pengotor itu.

“Lalat-lalat ini tidak akan berkurangan walau dibunuh menggunakan racun penyembur. Jika hujan dan waktu malam, dinding rumah dan wayar elektrik akan kelihatan hitam akibat dikerumi lalat,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ismail Zainal, 60, berkata, kewujudan lalat yang banyak sememangnya amat mengganggu kehidupannya serta memberi ancaman kepada kesihatan.

Ismail yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan berkata, ada kalanya dia tidak dapat mengelak daripada termakan serangga ber­kenaan ketika menjamah nasi memandangkan jumlah lalat yang terlalu banyak.

“Saya tidak nampak lalat dan ketika makan saya hanya libas-libas tangan dan mengharapkan lalat tidak ada di atas pinggan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Jamri Wan Ismail, 44 mendakwa, lalat berkenaan dipercayai berpunca daripada sebuah ladang penternakan ayam yang terletak kira-kira 150 meter daripada rumah penduduk kampung.

Katanya, meskipun telah ba­nyak aduan dibuat kepada pihak berkuasa termasuk veterinar dan juga pihak pengurusan, namun tiada tindakan dilakukan sehingga hari ini.

“Saya difahamkan, ternakan ayam ini telah diusahakan hampir 10 tahun lalu, tetapi selepas diambil alih pengurusan baharu, kewujudan lalat di kampung mula bertambah.

“Kami bukannya mahu ladang ditutup, namun perlu ada tindakan berkesan bagi mengurangkan masalah berkenaan,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venomie1 10-12-2021 09:53 AM
Ayam dan lalat memang pasangan secocok sejak dahulu lagi
Quote KIM.K 10-12-2021 09:55 AM
Pakai cuka tak jalan ke
Quote Thunderclouds 10-12-2021 10:04 AM
Uiihhh..byknyaaa.. Geli nengok
Quote Chairman 10-12-2021 02:13 PM
selepas tukar pengurusan terus bilangan lalat bertambah..mungkin pengurusan tu dlm diam ade bela babi jgk..cer pergi check tgk
Quote anggeriklatifah 10-12-2021 03:44 PM
kesiannyaaaa
Quote keane.somewhere 10-12-2021 03:46 PM
Nikmat apa yang kau nafikan lagi tersenyum sinis
Quote krustykrab 10-12-2021 04:27 PM
venomie1 replied at 10-12-2021 09:53 AM
Ayam dan lalat memang pasangan secocok sejak dahulu lagi

Kalau bela kambing dlm kandang pun sama jgk..tah knp ek
Kalau biar kmabing2 tu merayap idak plak ada lalat.
Quote lattehazelnut 10-12-2021 04:40 PM
Mesti bau pun bole pengsan
Quote Cikizz 10-12-2021 05:00 PM
Sama kes kat kampung saya. Lalat membiak sbb ladang ternak ayam. Nak2 time ayam dah cukup masa nak jual. Penuh lalat. Sampai skrg takde penyelesaian
Quote cheezel 10-12-2021 05:39 PM
Kesiannya. Kerajaan negeri xboleh buat pape ke
Quote Artemesiaa 10-12-2021 05:40 PM
Masaalah biasa bila kawasan kediaman berhampiran kawasan penternakan.  Mungkin pentenak boleh belajar dari penternak diluar negara macam mana mereka uruskan ternakan mereka agar tak jadi kawasan ternakan lalat sama.
Quote slavehunter 10-12-2021 05:48 PM
Cuba try call Pied Piper of Hamelin.
Quote ultra78 10-12-2021 05:51 PM
Dah agak dah. Kalau duk dekat ladang ayam memang banyak lalat.
Quote gideoncross 10-12-2021 06:06 PM
"Lebih memeritkan apabila lalat berkenaan akan memasuki seluar atau kain yang dipakai penduduk setiap kali pintu rumah dibuka".

.
Quote Jitu 11-12-2021 12:44 AM
rumah tok aku jiran sebelah meniaga jual ayam
lalat tak banyak sangat tp bau perut ayam tu sekali angin tiup
Quote kakikuDibibirmu 11-12-2021 12:50 AM
Kilang ayam London, Masjidil Tanah, Kolej Matrikulasi Melaka tersenyum sinis
Quote Timortimur 11-12-2021 01:05 AM
#dengkiker tak nak pergi melawat ke atau tunggu time banjir @Orenn1 hehehe
Quote caramello 11-12-2021 01:32 AM
gideoncross replied at 10-12-2021 06:06 PM
"Lebih memeritkan apabila lalat berkenaan akan memasuki seluar atau kain yang dipakai penduduk setia ...

Haha berdekah aku baca..dpt bygkan betapa peningnya lalat tu nk cari jln keluar nti..tp geli plak aku bila bygkan lepas dia hurung benda dlm kain tu, dia pegi hurung makanan plak..cis kurg ajar punya lalat
Quote keane.somewhere 11-12-2021 02:06 AM
Nikmat apa lagi kau dustakan tersenyum sinis

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.161772 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top