Singapura: Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini mengeluarkan panduan terhadap empat ciri biasa ajaran sesat.
Berita Mediacorp melaporkan, untuk itu umat Islam dinasihati untuk terus berwaspada terhadap sebarang ajaran agama yang diamalkan secara rahsia ataupun melalui sumber yang tidak pasti. Dalam kenyataannya, jawatankuasa tersebut mengenal pasti empat ciri biasa yang ada dalam ajaran sesat. Pertama, guru atau pemimpin kumpulan itu mendakwa dirinya menerima wahyu atau ilham melalui proses menurun. Dakwaan seumpama itu bercanggah dengan prinsip syariah kerana tiada sesiapa yang boleh mendakwa dia menerima wahyu daripada Allah melainkan Nabi Muhammad. Maka itu, tegas Jawatankuasa Fatwa, semua dakwaan menyatakan telah menerima wahyu selepas Nabi Muhammad adalah palsu sama sekali. Kedua adalah mengubah hukum hakam agama seperti menambah amalan agama tanpa sebab yang wajar, merubah terus amalan agama seperti nikah batin dan tidak perlu menunaikan solat lima waktu. Jawatankuasa Fatwa menekankan perbuatan menggugurkan atau menggantikan amalan-amalan agama yang diwajibkan seperti solat, puasa, haji dan yang lain-lain tanpa alasan yang sah – seperti pengecualian sah bagi mereka yang tidak sihat – adalah tanda penyelewengan. Ketiga adalah kepercayaan terhadap makna tersirat hakikat huruf yang sekali gus menyeleweng daripada makna dan huruf sebenar dalam al-Quran. Mentafsir al-Quran memerlukan penguasaan bahasa Arab yang kuat serta mengikuti kaedah tafsir yang betul. Maka, menurut Jawatankuasa Fatwa, sebarang kepercayaan di sebalik maksud tersembunyi dalam ayat atau huruf di dalam al-Quran adalah salah, atau fasid, dan tidak boleh diterima dalam Islam. Akhir sekali, amalan ruqyah yang sangsi dan bercanggah dengan prinsip-prinsip agama yang ditetapkan para ulama serta pakar. -CARI Sumber: Utusan Online
|
doubleharmonic replied at 9-12-2021 12:10 PM
ciri kelima patut tambah: claim diri insan terpilih tuhan bukak mata?
novlin replied at 9-12-2021 01:25 PM
lorrr... bukankah hidayah itu milik Allah...even diri kita ni pun milik Allah...tak ada 1 dlm doni ...
Orenn1 replied at 9-12-2021 01:40 PM
Nenek tua penggossip tegarr si novlin mencuba utk engage dgn diskusi di ci selepass sentappp dikat ...
novlin replied at 9-12-2021 01:47 PM
uols ni masih blm layak digelar pemenats tegar iols..ada je iols berkeliaran di bod2 lain...
dah u ...
FOTHER-MUCKER replied at 9-12-2021 08:23 AM
Bagilah peluang orang buat agama baru. Agama yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.
ADVERTISEMENT