CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Omicron, Saintis Temui Virus Versi Halimunan Pula

9-12-2021 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1654| Komen: 10

Description: London: Ketika dihebohkan dengan kemunculan varian Omicron, saintis kini menemukan ada virus Covid-19 versi lain daripada varian itu yang mungkin lebih sukar dikesan.
London: Ketika dihebohkan dengan kemunculan varian Omicron, saintis kini menemukan ada virus Covid-19 versi lain daripada varian itu yang mungkin lebih sukar dikesan.


The Sun melaporkan, virus versi lain itu mungkin sudah berkembang bersama-sama dengan varian virus corona lainnnya, yang berpotensi mengancam dan membuat dunia semakin sukar bebas daripada pandemik.

Menurut saintis, mereka menyebutnya sebagai virus Covid-19 versi ‘halimunan’ kerana sukar membezakannya dengan varian virus lain, walaupun menggunakan ujian PCR.

Foto: AFP


Virus Covid-19 versi lain yang berkembang secara ‘sembunyi-sembunyi’ itu sama seperti Omicron yang memiliki banyak mutasi.


Kementerian Kesihatan Australia pertama kali menemukan virus Covid-19 versi lain (BA.2) beberapa hari lalu.

Ia ditemukan melibatkan seorang lelaki dari Afrika Selatan yang melakukan perjalanan dari Gauteng, di tengah-tengah lonjakan kes varian Omicron.

Kajian awal menunjukkan jenis varian yang memiliki set mutasi sendiri.

Versi lain virus Covid-19 ini lebih mudah menular berbanding Delta dan kebal terhadap vaksin Covid-19 seperti varian Omicron.

“Kami di sini mengumumkan veris baharu varian Omicron yang pertama kali di dunia,” kata Yvette DAth, Menteri Kesihatan Queensland. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 12:17 PM
The Invincible Man yang tasty tu tersenyum sinis
Quote borne 9-12-2021 01:13 PM
Invisible pulak macam santau?  Kah2.  Dunia sains semakin menggelikan hati.  Aku terhibur..
Quote Orix 9-12-2021 01:14 PM
dari afrika juga yah ? China tersenyum sinis
Quote Normabaru 9-12-2021 03:26 PM
Dh la Kau..

Byk plak mutasi xhabis2 nk sembang..sekarang ni vaksin ko ni laku lg dak???

Menguap dgr alasan mutasi xhbs2
Quote kakikuDibibirmu 9-12-2021 03:28 PM
#mudahterhibur
Quote Simunggu 9-12-2021 03:53 PM
semua ini poyo...kita boleh ke fasa endermic....kesan virus tak kuatlah selepas terima vaksin..
rindu zaman tak pakai mask ke sana ke sini & tak per scan
Quote -Suri- 9-12-2021 05:05 PM
Invisible virus pulak dah.
Quote Artemesiaa 9-12-2021 05:16 PM
Producer pilem Hollywood pasti tercabar mendengarnya
Quote sharlenetexas 9-12-2021 05:26 PM
Wow wow nakal betul covid ni ye.
Quote ladybugz 12-12-2021 07:16 AM
itulah realiti pahit yg kena telan. maybe kena dah tukar mindset utk bykkan aktiviti dari rumah dan atas talian.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.193079 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top