CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senangnya Hidup Jadi Sosialit, Selalu Dapat Barangan Mewah Percuma Je

9-12-2021 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2722| Komen: 20

Beijing – Seorang pelajar jurusan seni di China mencabar diri untuk hidup di Beijing selama tiga minggu tanpa membelanjakan satu sen pun sebagai sebahagian daripada projek universitinya, lapor portal berita Mothership.


Zou Yaqi, 23, menjalankan eksperimen sosial itu yang bertujuan untuk mengkritik amalan kapitalisme dan kepenggunaan.

Dia berbuat demikian dengan menyamar sebagai seorang ‘mingyuan’ atau sosialit iaitu wanita yang berasal daripada keluarga kaya raya.

Dengan ‘bersembunyi’ di sebalik cincin berlian palsu, seluar rekaan pereka fesyen terkenal, beg tangan berjenama palsu dan gincu berwarna merah terang, Yaqi memulakan eksperimennya pada 1 Mei lepas. 

Antara keistimewaan yang dinikmati gadis tersebut termasuk akses lounge VIP di lapangan terbang dan akses ke majlis khas jenama Louis Vuitton, hotel bertaraf lima bintang serta acara lelongan.


Dia juga berjaya memujuk seorang pekerja butik Gucci untuk memberikannya sebuah beg kertas jenama tersebut, yang kemudiannya menjadi ‘tiket’ kepadanya untuk memasuki butik-butik mewah lain serta mendapatkan layanan istimewa.


Foto: Chinanews.com

“Ia amat menarik untuk melihat bagaimana barangan mewah diberikan secara percuma kepada golongan yang mempunyai wang lebih daripada mencukupi,” katanya.

Pada penghujung eksperimen tersebut, Yaqi membentangkan hasil kajiannya beserta dengan video yang dirakam.

Projek tersebut menjadi tular di media sosial di China serta mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen yang menuduh Yaqi sebagai menipu demi mendapatkan makanan dan minuman percuma.

Gadis itu bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan menegaskan bahawa ia merupakan satu eksperimen sosial dan penyelidikan untuk memahami kehidupan seorang socialit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 9-12-2021 10:17 AM
kat malaysia pun sama je dek oiii..bagi makanan, barang free kat instafemes tiktokers siap dengan upah lagi dengan harapan dpat promot barang berniaga deyollss..yihhh sangat
Quote Samerosie 9-12-2021 10:23 AM
mamajawie replied at 9-12-2021 10:17 AM
kat malaysia pun sama je dek oiii..bagi makanan, barang free kat instafemes tiktokers siap dengan up ...

Teringat kes ikan selmon TokRi...
Quote Mooverine 9-12-2021 10:40 AM
The importance of first impressions
Quote mamajawie 9-12-2021 10:41 AM
Samerosie replied at 9-12-2021 10:23 AM
Teringat kes ikan selmon TokRi...

tu kes hadap sangat nak glamoressss dengan harapan kengkonon si bapok tu nak bagi limelight..padan muka

Quote chinta89 9-12-2021 11:14 AM
Projek tersebut menjadi tular di media sosial di China serta mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen yang menuduh Yaqi sebagai menipu demi mendapatkan makanan dan minuman percuma.


sempitnya pemikiran.

skg ni cubatengok knteks yg dibawakan oleh girl ni. betap amudah hidup as sosialit. yg kaya terus kaya. gtuh.
Quote lil_honey 9-12-2021 11:16 AM
same je kat Malaysia ni..
yang kaya2 dah jadi menteri, jadi ahli lembaga pengarah bagai tu, dapat free je barang2. siap bagi kat anak2...
Quote jas7512 9-12-2021 11:17 AM
Apa punya uni buat assignment mcm ni...mcm dah xde tajuk lain agaknya
Quote Decaffeinated 9-12-2021 11:30 AM
muka siap boleh lah ko bereksperiment bagai

Quote ifanonline 9-12-2021 11:32 AM
ramai artis2 melayu jual jubo di malaysia...yg dah kawin pun masih jual jubo
Quote DayangKirana 9-12-2021 11:33 AM
sad truth...
these socialite, they even getting paid for showing up at event or places....

well, considered success la jugak her social experiment..
kena pulak her face macam mix breed, strut with confidence for sure they will buy it..
Quote Suchi 9-12-2021 11:35 AM
Skrg korang sedarkan org lawa atau nampak wangi mcm ongkaya sebenarnya lebih sangkak drpd marhaen cam kita2 yg kita tunggang tonggek peluh atas bawah mencari rezeki ni.
Kita tak hadap brg percuma kita usaha menabung nk dapatkan sesuatu tu.
Tapi manusia2 sangkak ni bermodalkan popularti dan gaya hidup acah2 kaya beserta muka filter dgn mudah dapat semua menda percuma.
Gigih laa org hantar makanan percumaa la baju percuma la, tudung sampai berpuluh helai.
Cukup post je kat ig story teringin nak makan itu ini jap g sampai laa berkotak2 padahal yg nk makan sorang je.
Quote bettyboops 9-12-2021 11:39 AM
lil_honey replied at 9-12-2021 11:16 AM
same je kat Malaysia ni..
yang kaya2 dah jadi menteri, jadi ahli lembaga pengarah bagai tu, dapat fr ...

indeed..

pernah jadi this lady (tak kosser nak sebut title dia) siap call bagitau "gift" tu dia dah ada in her collections.. " appreciate much if you boleh bagi i  xxx brand color xxx" katanyerrrr..  
Quote tintin22 9-12-2021 11:40 AM
well donya2
Quote ninja9 9-12-2021 11:44 AM
manusia mmg senang ditipu. dimalaysia ada ketikanya hampir setiap minggu ada berita orang kena scam
Quote kotakominami 9-12-2021 11:49 AM
Moralnya nak layan org jangan pilih bulu.....kena tipu kan rase cam bodo je....
Quote axl_bach 9-12-2021 11:49 AM
X faham aku,  ada ke org kaya tido kat lobi hotel?

Aku baca artikel omputih ckp dia dibenarkan tido di lobi hotel mewah sbb penampakan beliau nya itu yg nmpk kekayaan sesungguhnya adoiii
Quote axl_bach 9-12-2021 11:50 AM
mamajawie replied at 9-12-2021 10:17 AM
kat malaysia pun sama je dek oiii..bagi makanan, barang free kat instafemes tiktokers siap dengan up ...

Tu lain,  tu bkn free tp marketing... Tiktokers tu ada followers yg bleh jadi target market sbb tu dorg perguna tiktokers tu
Quote Artemesiaa 9-12-2021 11:58 AM
Itulah realitinya dari dulu sampai sekarang penampilan amat penting tak kira masa bekerja atau bersocial untuk dapat perkhidmatan dan layanan terbaik.  
Quote epullipan 9-12-2021 02:26 PM
ifanonline replied at 9-12-2021 11:32 AM
ramai artis2 melayu jual jubo di malaysia...yg dah kawin pun masih jual jubo

teringin nak tau list2 nama tersebut

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.108160 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top