Susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Pelan Malaysia ke-11 2016-2020 pada 21 Mei 2015. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP) bermula 1 Julai ini.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Mohamad Nasir Ab Latif, terdapat sembilan dana yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menerusi penyenaraian ASB2. Semasa membentangkan RMK11, Perdana Menteri mengumumkan pencarum KWSP akan dibenar menggunakan Akaun 1 bagi melabur dalam ASB2.
Langkah tersebut bagi memastikan sasaran mencapai 30 peratus ekuiti Bumiputera dapat dicapai menjelang 2020. Ahli KWSP digalakkan menggunakan kemudahan Portal Informasi SPA-KWSP untuk mendapatkan maklumat tentang dana-dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP serta IPD yang menguruskan unit amanah tersebut, tambah Mohamad Nasir. Portal yang dilancarkan pada April 2015 itu merupakan inisiatif KWSP untuk pencarum membuat penyelidikan sebelum mengambil sebarang keputusan pelaburan. - CARI Infonet
|
5
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
4
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mesmerize replied at 26-6-2015 08:33 AM
banyak ke dividen ASB2? ASB2 ni halalun toyyiba ke tidak?
dino replied at 26-6-2015 08:41 AM
halal simpan duit bwh bantal je
ade org time ord dok tunggu dividen... time tu la sembang hala ...
ADVERTISEMENT