Perubahan imej isteri yang kini menutup aurat dan berhijab sejak awal tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad benar-benar bersyukur dan gembira.
Fahrin, 42, berkata, dia tidak pernah memaksa isterinya Elena Eleas melakukan perkara itu, sebaliknya selalu berpesan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam. Pelakon drama Dear Cinta ini juga mendoakan pasangannya itu terus istiqamah dengan keputusan tersebut. "Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.
"Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab. "Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah...semuanya berlaku naturally," katanya kepada mStar.
|
wak_pijah replied at 9-12-2021 11:16 AM
Ingatkan amy mastura tadi. Samaa, btw bini dia cantik.
ADVERTISEMENT