CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semua Lelaki Tak Nak Kahwin Dengan Saya,"- Adibah Noor Tekad Hidup Membujang

8-12-2021 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 754| Komen: 7

Adibah Noor mengakui kehidupannya cukup sempurna tanpa kehadiran lelaki bernama suami sekali gus membulatkan tekadnya untuk hidup membujang.

Menurut Adibah, sebelum ini dia pernah lima kali melalui episod putus cinta dan pengalaman pahit tersebut membuatkan dia serik untuk mengimpikan kehidupan berumah tangga.

Foto: IG

Lebih malang, kelima-lima bekas kekasihnya langsung tidak mempunyai niat untuk menghalalkannya sebagai isteri.

“Jujur saya pernah putus cinta sebanyak lima kali. Pengalaman pahit itu buatkan saya dah tak sanggup alami masalah yang sama lagi.


“Semua lelaki itu tak nak kahwin dengan saya. Jadi saya serik,” ujarnya.



Tambah penyanyi lagu Kau Terlalu Istimewa itu lagi, faktor usia yang semakin meningkat juga menjadi penyebab dia rela hidup bersendirian.

“Lebih baik jaga diri sendiri, keluarga dan fokus terhadap kerjaya seni. Keluarga pun tak pernah desak.

“Sejak solo, saya membela kucing hampir 20 ekor. Hidup saya cukup sempurna tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami,” ujarnya.



Biarpun membujang, namun penyanyi berusia 51 tahun itu bersyukur kerana dikelilingi ramai rakan baik yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote putu 9-12-2021 03:24 PM
Hmmm sama la. Bf xnk kwin
Quote seri_mawr 8-12-2021 04:05 PM
aku rasa ni ni mcm kasar...huhuhu....
pastu mcm over sensitif....dia jenis x leh bawak gurau or berseloroh jek mcm...huhuhuu
Quote gideoncross 8-12-2021 03:17 PM
Same goes to me, dh nk 31 pun blum ada jodoh lgi.
Quote prince_marhaen 8-12-2021 02:13 PM
entahlah kakdib, meols nak cakap pun malas sebab kakdib ni sejenis defensive, semua benda salah, semua benda komplen, semua orang tak hargai kau, tak tahu menilai bakat & personaliti kau, walhal kau tu orang takut sebab semua benda tak kena, nk gurau kat twt pun kena hambur...apooo...bukan takat laki, fonen, lesbo, minah, semua takut nak dekat kau nyehhh... kucing je barani sikit demi segenggam friskies.
Quote kotakominami 8-12-2021 02:09 PM
Hmm..akak cube menuntut dgn nora arifin tu....mane tau boleh sangkut sorang
Quote manehnya 8-12-2021 01:28 PM
Pastu? Nak kena kabor sedunia kah? Eloklah servay² rumah org tua²
Quote tipah89 8-12-2021 12:59 PM
dominant sgt kot

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 1.150046 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top