CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ani Mayuni Bayangkan Diri Jadi Misha Omar

8-12-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1997| Komen: 9

Description: Mahu membawa kelainan dan keluar daripada genre dangdut, penyanyi Ani Maiyuni mencabar diri menyanyikan lagu berentak balada saingan minggu ketiga program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlan ...
Mahu membawa kelainan dan keluar daripada genre dangdut, penyanyi Ani Maiyuni mencabar diri menyanyikan lagu berentak balada saingan minggu ketiga program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung Ahad lalu.


Menurut Ani, 43, dia mencabar diri membawakan lagu bergenre sedemikian kerana tidak mahu dibayangi dengan cara nyanyian sama.

Bagi mendapatkan jiwa dalam persembahannya itu, Ani berkata dia menjadikan Misha Omar sebagai rujukan.


Foto: IG

"Semua sedia maklum, saya penyanyi dangdut dan tiba-tiba bawa lagu balada. Kalau ditanya sama ada berpuas hati atau tidak, bagi saya biarlah orang mendengar yang menilai.


"Harapnya sampailah apa yang saya cuba sampaikan itu. Pada masa sama, ada juga yang tanya macam mana saya boleh ubah dari dangdut terus pada balada, jadi saya keluarkan Ani Mayuni itu, saya membayangkan Misha Omar," katanya kepada mStar.



Dalam konsert minggu ketiga itu, Ani menyanyikan lagu Naluri yang dipopularkan oleh Datuk Nora Ariffin.

Sementara itu, Ani memberitahu dia mengubah gaya nyanyian memandangkan lagu ciptaan Allahyarham Johan Mawawi itu kali pertama dibawanya secara langsung.





"Saya cuba bawa kelainan, ambil jiwa Misha Omar, meski tidaklah seratus peratus sepertinya. Sedikit sebanyak, saya nak tukar ton suara itu.

"Tak mahu terlalu kepit macam bila nyanyikan lagu genre dangdut. Feel dan cara itu saya cubalah... maksudnya saya ambilnya sebagai rujukan.

"Tapi saya sudah cuba berikan yang terbaik biarpun itu bukanlah genre keselesaan saya. Saya juga tidak pernah nyanyikan lagu ini di mana-mana persembahan sebelum ini," ujarnya.



Untuk konsert minggu ketiga, Ani Maiyuni memperolehi markah 58.10 peratus daripada juri profesional, sekaligus melayakkannya untuk terus mara ke konsert seterusnya.

Kesemua bintang GV musim ini diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz sementara Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan minggu ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerghostly 8-12-2021 10:13 AM
Ingat kheun johnny depp....

Kahkahkah
Quote OyaTonggek 8-12-2021 11:49 AM
Lahhhh!
Quote awenda507 8-12-2021 12:07 PM
suara dia tak sedap. nyanyi pn mcm takda stamina je
Quote ketupatnasi 8-12-2021 12:09 PM
Johan Mamawi sapoooo???
Quote chinta89 8-12-2021 12:19 PM
berapa dh ek umur dia? teringat berlakon filem senario roti canai tuhhhhhh
Quote babelina 8-12-2021 12:52 PM
klau dh 8thn thu nk masuk gv.. msti ko dh plan yg tbaik..
Quote asfaz 8-12-2021 12:56 PM
Harap ani mayuni buat yg terbaik. Kedudukan setiap minggu bertukar2 dengan  Abang Azzan. No 3 no 4.
Weolls nak misai keli out minggu ni
Quote dudaberhias 8-12-2021 12:57 PM
Berangan, padahal rhoper ala2 amelina jah sebab dedua hidung jambu air. Suara pun sama taraf je level. Misha omar tu walaupun rhoper cikki berwajah lessy sekarang tapi suara sheols sedap hokkeh.
Quote cikperiukkera 9-12-2021 08:08 AM
dudaberhias replied at 8-12-2021 12:57 PM
Berangan, padahal rhoper ala2 amelina jah sebab dedua hidung jambu air. Suara pun sama taraf je leve ...

Tu laaaa...idk why kalau retis dangdut join gv (kecuali haiza)mesti rupa semua seakan2 sama mcm pondan...keras kejung dgn mekap sekati.dress plk x sah kalau x lip lap lip lap rambu ramba bagai...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.167464 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top