Mahu membawa kelainan dan keluar daripada genre dangdut, penyanyi Ani Maiyuni mencabar diri menyanyikan lagu berentak balada saingan minggu ketiga program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung Ahad lalu.
Menurut Ani, 43, dia mencabar diri membawakan lagu bergenre sedemikian kerana tidak mahu dibayangi dengan cara nyanyian sama. Bagi mendapatkan jiwa dalam persembahannya itu, Ani berkata dia menjadikan Misha Omar sebagai rujukan. "Semua sedia maklum, saya penyanyi dangdut dan tiba-tiba bawa lagu balada. Kalau ditanya sama ada berpuas hati atau tidak, bagi saya biarlah orang mendengar yang menilai.
"Harapnya sampailah apa yang saya cuba sampaikan itu. Pada masa sama, ada juga yang tanya macam mana saya boleh ubah dari dangdut terus pada balada, jadi saya keluarkan Ani Mayuni itu, saya membayangkan Misha Omar," katanya kepada mStar.
|
dudaberhias replied at 8-12-2021 12:57 PM
Berangan, padahal rhoper ala2 amelina jah sebab dedua hidung jambu air. Suara pun sama taraf je leve ...
ADVERTISEMENT