CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lengkap Dua Dos Vaksin Pun Masih Sakit Lagi,"- Rashidi Ishak Positif Covid-19

8-12-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2833| Komen: 17

Description: Selepas pelakon Daiyan Trisha dan penyanyi, Wani Kayrie disahkan positif Covid-19, kini giliran pelakon senior, Rashidi Ishak pula mengesahkan dirinya dijangkiti wabak tersebut.
Selepas pelakon Daiyan Trisha dan penyanyi, Wani Kayrie disahkan positif Covid-19, kini giliran pelakon senior, Rashidi Ishak pula mengesahkan dirinya dijangkiti wabak tersebut.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Rashidi, 48, mengesahkan bahawa dia dijangkiti Covid-19 selepas mengalami gejala demam dan sakit badan sejak dua hari lalu.


Foto: IG

“Maka bermulalah ‘percutian’ 10 hari yang tidak dirancang. Dah buat ujian calitan Covid-19 apabila pihak produksi menghentikan penggambaran kerana terdapat kes (positif) di set. Ketika itu, negatif (keputusan). Saya pun mulalah kuarantin kendiri di rumah.


“Tapi apabila dua hari sudah saya tiba-tiba demam teruk dan badan sakit, maka saya maklumkan pada pihak produksi. Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat ujian calitan,” ujar Rashidi.


Selepas ujian calitan kali kedua dilakukan, doktor akhirnya mengesahkan bahawa dia telah pun dijangkiti wabak maut tersebut.

Dalam pada itu, doktor menyarankan supaya pelakon yang pernah membintangi filem Mami Jarum itu supaya tidak panik dan mengambil ubat serta melaporkan perkembangan diri sendiri kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pegawai kesihatan hubungi saya tanya beberapa soalan lazim. Saya pun jawab dengan tenang. Dia (pegawai kesihatan) minta  pergi pusat penilaian Covid-19 terdekat.

“Pihak penerbit pula hantar di rumah bekalan makanan dan juga oximeter (alat pengukur oksigen) supaya boleh pantau bacaan oksigen,” tulisnya.


Bercerita lebih lanjut, Rashidi memaklumkan bahawa dia sudah pun bergegas ke pusat penilaian Covid-19 di Nilai, Negeri Sembilan walaupun dalam keadaan sakit-sakit badan dan kepala berdenyut untuk diperiksan oleh pegawai perubatan.

Kata Rashidi, dia memberitahu sakit akibat dijangkiti Covid-19 bukanlah sakit biasa walaupun selepas seseorang itu telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.




“Sumpah tak seronok sakit ini. Saya yang sudah lengkap dua dos vaksin pun masih sakit lagi. Terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang menelefon saya.

“Kalau saya tidak jawab, maknanya sedang tidur, mabuk ubat. Kalau anda semua ada gejala, pergilah periksa. Jaga diri dan kekal selamat,” tambahnya.

Terdahulu, sebelum Rashidi, dua lagi selebriti lain turut mengesahkan diri mereka dijangkiti Covid-19 iaitu Daiyan Trisha pada 4 Disember lalu serta penyanyi, Wani Kayrie sehari kemudian.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 8-12-2021 09:24 AM
semoga cepat sihat
Quote AbukRokok 8-12-2021 09:39 AM
vaksin xmencegah
ubat antobodi regeneron utk mencegah dibenamkan
ubat rawatan molnupiravir paxlovid diwhoareyuskan
Quote fealefea 8-12-2021 10:02 AM
kalau takde scene tu pakai la mask balik. ni huha huha cam takde covid je. tak segan laktu up kat ig dan media sosial.
Quote Samerosie 8-12-2021 10:17 AM
Maaf gambar rambut panjang macam rupa pondan tua.  apa2 pun semoga cepat sembuh.
Quote stingerghostly 8-12-2021 10:19 AM
Samerosie replied at 8-12-2021 10:17 AM
Maaf gambar rambut panjang macam rupa pondan tua.  apa2 pun semoga cepat sembuh.

Pondan yg tidur setiap malam dgn ko?

Kahkahkahkahkah
Quote stingerghostly 8-12-2021 10:20 AM
AbukRokok replied at 8-12-2021 09:39 AM
vaksin xmencegah
ubat antobodi regeneron utk mencegah dibenamkan
ubat rawatan molnupiravir paxlovid  ...

Pantun yg rimanya all over
Quote cmf_PariS 8-12-2021 10:24 AM
tlg benti kan iklan cocok beksin tu.. meluat tgk
Quote damian_lee 8-12-2021 10:24 AM
production mana ni
mcm bagus plak siap uruskan doctor datang rumah dan bagi peralatan mcm oxymeter segala
Quote akies 8-12-2021 10:29 AM
Moga cepat sembuh
Quote anakjiran 8-12-2021 10:32 AM
cmf_PariS: tlg benti kan iklan cocok beks ...


Sama.. Yg fs lepas tu laki dia. Hahaha.. Semua dah ambil pun nak iklan apa lagi. Baik buat saya akan mrngambil booster 1,2,3 demi mencapai imuniti kelompok bla  bla..
Quote Normabaru 8-12-2021 11:13 AM
ada ghupe kevin plk gambar b/w siloet tu..nway gws…covid ni memilih agknye..pengemis tepi jln bsepah xmandi xkne plk..yg lengkap mask bagai kne pula ye..huhuuu
Quote Nnasda53 8-12-2021 11:23 AM
Semoga cepat sembuh.
Quote stingerghostly 8-12-2021 11:29 AM
Normabaru replied at 8-12-2021 11:13 AM
ada ghupe kevin plk gambar b/w siloet tu..nway gws…covid ni memilih agknye..pengemis tepi jln bsepa ...

belum nak kena istilahnya bukan tak kena, kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww..

kalo nak tunjjukkheun ketidakyakinan kita pada vaksin iteww biarla beralas ayatnya....sambung si tecik iteww
Quote stingerghostly 8-12-2021 11:30 AM
Nnasda53 replied at 8-12-2021 11:23 AM
Semoga cepat sembuh.

ayat kontot tapi penuh dgn nilai yg baik....
Quote OyaTonggek 8-12-2021 11:53 AM
sian acik duda ni...semoga cepat sembuh ya
Quote NekNgah 9-12-2021 12:40 PM
damian_lee replied at 8-12-2021 10:24 AM
production mana ni
mcm bagus plak siap uruskan doctor datang rumah dan bagi peralatan mcm oxymeter s ...

Set drama Bicara Budi, sama set dengan Daiyan Trisha.  Setakat ni dua pelakon ni yang positif, nampak pelakon lain dah buat 2nd swab dan negatif.Kalau ada crew yang positif juga tak tahulah, sebab tak siapa nak announce.


Production house KL Motion Pictures yang terbitkan ITanggang.

Quote damian_lee 9-12-2021 12:47 PM
NekNgah replied at 9-12-2021 04:40 AM
Set drama Bicara Budi, sama set dengan Daiyan Trisha.  Setakat ni dua pelakon ni yang positif, nam ...

oh ingat peoduction cyst ….
kalau production cyst harus heboh mengamuk cakaran harimau


based on Shidi punya cerita
nampak professional la production ni

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.119345 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top