Uqasha Senrose, 29, sebak apabila mengimbas kembali sokongan dan keterujaan yang diberikan oleh adik beradiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose menjelang majlis pernikahannya.
Jelas Uqasha, adik-beradiknya sentiasa berada di sisi menemaninya sehingga selesai majlis pernikahan yang berlangsung pada 5 November lalu. "Seperti semua sedia maklum, saya, Nely dan Raysha memang rapat. Kehadiran mereka seperti kekuatan dan memberikan saya semangat. Mereka tahu dugaan dan cabaran yang saya lalui sehingga dapat mendirikan rumah tangga. "Memandangkan semuanya sudah bersiap pada hari nikah, jadi kami tidak mahu menitiskan air mata. Apa yang penting adalah mereka sentiasa menemani saya sepanjang malam sebelum keesokan harinya (5 November).
"Dalam masa yang sama, kami merahsiakan perkahwinan ini atas permintaan keluarga dan menghormati banyak pihak. Apa yang penting semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar," katanya.
|
Normabaru replied at 8-12-2021 08:33 AM
Gambar sama cerita sama
3chanceno replied at 8-12-2021 08:49 PM
Reporter Cari bukak benang dengan isi yang sama, macam isi dengan kuku kaka
Satu hari enta ...
riena3321 replied at 8-12-2021 11:55 AM
Ayah dia hidup lgi. ingatkan dah meninggal
ADVERTISEMENT