CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditikam Rakan Sekerja Sebab Tolak Cinta

6-12-2021 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1814| Komen: 6

Seorang lelaki ditahan selepas menikam rakan sekerjanya sehingga mati kerana mangsa menolak ajakan untuk keluar bersama, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Agustin Lucas Mariani, 20, berdepan pertuduhan membunuh tanpa niat selepas Delfina Pan, 28, meninggal dunia di Miami, Florida.


Kredit foto: Daily Mail

Delfina yang berpindah dari Argentina ke Florida sejak dua tahun lalu, enggan menerima cinta Mariani, lapor akhbar Miami Herald.

Semasa Delfina pulang dari kerja, Mariani mengekorinya dan meminta untuk masuk ke dalam pangsapuri mangsa.


Polis turut mendapati bahawa Mariani bertindak meninggalkan syif kerjanya untuk mengekori Delfina dari kerja pada Isnin minggu lalu. 

Delfina diserang setelah enggan membenarkan Mariani masuk.

Polis berkata, Mariani ‘menghunus sebilah pisau tanpa provokasi dan mula menikam mangsa’.

Pisau itu dilaporkan hilang dari tempat Delfina dan Mariani bekerja di restoran Kansas Bar and Grill di South Beach.

Menurut laporan, Mariani kemudian menikam dadanya sendiri tanpa menyebabkan kecederaan serius dan ditemui terbaring di atas badan Delfina di luar pangsapuri itu.

Mereka dikejarkan ke hospital di mana Delfina kemudian disahkan meninggal dunia. Mariani turut didakwa kerana melakukan pembunuhan setelah pulih daripada kecederaan yang dilakukannya sendiri.

Rakan sekerja mereka turut memaklumkan bahawa Mariani sering meluahkan cintanya, namun ditolak Delfina dengan baik.

Menurut akhbar Miami Herald, Mariani memohon haknya untuk berdiam diri. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-12-2021 07:12 PM
Benda macam tu mana boleh main paksa kan tak pasal2 kena hadap hukuman
Quote matbad 7-12-2021 01:31 AM
comel je nama mariani hehe
Quote RinIna 7-12-2021 10:40 AM
Mungkin Mariani tu muda sgt dr dia.. tu sbb tolak.. Mariani yg belum matured tu paksa2 lak.. dah taknak tu dahlah.. bunuh pulak.. apo lagi nak dikato
Quote Mooverine 7-12-2021 11:41 AM
ishh saiko la marini ni kan..
teringat scene masa muda dulu-dulu confess feeling kat colleague. kena reject juga. sedih dan malu tu tak tau la nak letak mana.
Quote MsKathryn 7-12-2021 11:49 AM
Ishhhh cinta mana blh paksa2 ..
Quote Jitu 7-12-2021 01:44 PM
mcm nerd je mariani ni
klu aku org dah reject move on je lah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056720 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top