CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Jalan Berlubang, Orang Kulim Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan

6-12-2021 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1808| Komen: 11

Kulim: Penduduk di pekan Junjung di sini, terkejut melihat dua pokok pisang ditanam di dalam lubang di tengah jalan di kawasan tersebut semalam.

Pokok pisang nangka setinggi hampir dua meter itu ditanam secara berasingan di Jalan Komersial Junjung dan sepokok lagi di tengah jalan pusat penjaja.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan oleh individu di pekan tersebut yang tidak berpuas hati dengan keadaan jalan tersebut yang berlubang sejak dua tahun lalu.


Foto: Utusan

Seorang penduduk Wan Cik Ismail, 70,  dia menyedari pokok pisang tersebut ditanam di jalan tersebut pada pagi semalam.


Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan pokok pisang itu ditanam sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keadaan jalan tersebut yang rosak  dan tidak diperbaiki oleh pihak berkuasa tempatan.

“Setakat ini, tidak diketahui individu yang terlibat menanam pokok pisang di jalan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun pokok pisang tersebut telah dibuang oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Seorang  penduduk, Lit  Ahmad, 80,  berkata, masalah jalan rosak di kawasan itu berlaku sejak lebih dua tahun lalu namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan memperbaiki jalan tersebut.

Katanya,  tindakan menanam pokok pisang itu diambil mungkin  setelah  tidak tahan lagi dengan keadaan jalan yang rosak sehingga  mengundang bahaya kepada pengguna.

“Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera membaik pulih jalan yang rosak itu selepas ini,” ujarnya.

Aishah Abd. Kadir, 29, pula berkata, tindakan tersebut diharap dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa tempatan mengenai keadaan jalan di kawasan itu yang rosak teruk.

“Walaupun difahamkan masalah jalan rosak di kawasan tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi tiada tindakan diambil untuk keselesaan pengguna,” katanya.- CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-12-2021 12:37 PM
Nak pilihanraya nanti baru dia orang datang touch up mana yang berlubang sementara elok ler bercucuk tanam dulu
Quote prettyuglybabe 6-12-2021 12:54 PM
sayangnya pokok pisang tu..
harap dorang tak musnahkan but pi tanam kat rumah
Quote shernazz 6-12-2021 01:01 PM
Kalau tak perbaik pagi
Kasi tanam pokok mangga plak..
Quote Jitu 6-12-2021 01:17 PM
dah jd mcm kat indon je bt mcm ni
Quote zacEfron 6-12-2021 01:28 PM
ingatkan besar sgt la lubangnya..
sebesar lubang poen tu pun tak boleh nak baiki sendiri ka... depan2 kedai tu.. loqlaq betoi
Quote pyropura 6-12-2021 01:32 PM
Nak jalan bagus hangpa gi Penang lar.

Yg.benar,


YAB Dato Sanuselut Raptoq
MB Kadaram 43trilion
Quote Supersirap 6-12-2021 01:54 PM
Sila buka mata dan ambil tindakan yang pantas oleh pihak yang bertanggungjawab
Quote Normabaru 7-12-2021 07:55 AM
Tinggi betul pokok tu..klu cukup tunggu pru maybe sempat bbuah
Quote johan-adx 7-12-2021 08:10 AM
lepas pbt buang pokok tu jln tu biar berlobang gitu je lah kot...
Quote Belibis 7-12-2021 08:14 AM
Ingatkan keli**g kawin.
Quote ketupatnasi 7-12-2021 08:23 AM
trend pulak ni kang. semua pakat tanam pisang kat lobang .
kot tengah malam nampak pokok pisang terpacak tengah jalan, harus terbabas. lagi pulak kalau kau tak biasa dengan jalan tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041726 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top