View: 1416|Reply: 11
|
Tak Puas Hati Jalan Berlubang, Orang Kulim Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan
[Copy link]
|
|
Kulim: Penduduk di pekan Junjung di sini, terkejut melihat dua pokok pisang ditanam di dalam lubang di tengah jalan di kawasan tersebut semalam.
Pokok pisang nangka setinggi hampir dua meter itu ditanam secara berasingan di Jalan Komersial Junjung dan sepokok lagi di tengah jalan pusat penjaja.
Tindakan tersebut dipercayai dilakukan oleh individu di pekan tersebut yang tidak berpuas hati dengan keadaan jalan tersebut yang berlubang sejak dua tahun lalu.
Foto: Utusan
Seorang penduduk Wan Cik Ismail, 70, dia menyedari pokok pisang tersebut ditanam di jalan tersebut pada pagi semalam.
Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan pokok pisang itu ditanam sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keadaan jalan tersebut yang rosak dan tidak diperbaiki oleh pihak berkuasa tempatan.
“Setakat ini, tidak diketahui individu yang terlibat menanam pokok pisang di jalan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun pokok pisang tersebut telah dibuang oleh Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Seorang penduduk, Lit Ahmad, 80, berkata, masalah jalan rosak di kawasan itu berlaku sejak lebih dua tahun lalu namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan memperbaiki jalan tersebut.
Katanya, tindakan menanam pokok pisang itu diambil mungkin setelah tidak tahan lagi dengan keadaan jalan yang rosak sehingga mengundang bahaya kepada pengguna.
“Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera membaik pulih jalan yang rosak itu selepas ini,” ujarnya.
Aishah Abd. Kadir, 29, pula berkata, tindakan tersebut diharap dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa tempatan mengenai keadaan jalan di kawasan itu yang rosak teruk.
“Walaupun difahamkan masalah jalan rosak di kawasan tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi tiada tindakan diambil untuk keselesaan pengguna,” katanya.- CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pilihanraya nanti baru dia orang datang touch up mana yang berlubang sementara elok ler bercucuk tanam dulu |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya pokok pisang tu..
harap dorang tak musnahkan but pi tanam kat rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak perbaik pagi
Kasi tanam pokok mangga plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah jd mcm kat indon je bt mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan besar sgt la lubangnya..
sebesar lubang poen tu pun tak boleh nak baiki sendiri ka... depan2 kedai tu.. loqlaq betoi |
|
|
|
|
|
|
|
Nak jalan bagus hangpa gi Penang lar.
Yg.benar,
YAB Dato Sanuselut Raptoq
MB Kadaram 43trilion
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila buka mata dan ambil tindakan yang pantas oleh pihak yang bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi betul pokok tu..klu cukup tunggu pru maybe sempat bbuah |
|
|
|
|
|
|
|
lepas pbt buang pokok tu jln tu biar berlobang gitu je lah kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan keli**g kawin. |
|
|
|
|
|
|
|
trend pulak ni kang. semua pakat tanam pisang kat lobang .
kot tengah malam nampak pokok pisang terpacak tengah jalan, harus terbabas. lagi pulak kalau kau tak biasa dengan jalan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|