CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mati Dikelar Di Dada, Leher, Perut Dan Telinga- Lelaki Bangladesh Diburu!

6-12-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3083| Komen: 25

Georgetown: Seorang wanita warga Indonesia ditemukan maut dengan empat kesan kelar di bahagian badan termasuk di bahagian leher sepanjang 13 sentimeter di Apartment Sri Nipah, Sungai Nibong, di sini,malam tadi. 


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mayat mangsa ditemukan berlumuran darah oleh dua lelaki warga Bangladesh yang merupakan penyewa di unit kediaman tersebut sebelum memaklumkan kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, unit kediaman tersebut mempunyai tiga buah bilik yang disewa tiga lelaki Bangladesh. 


Foto: Harian Metro

“Seorang penyewa lelaki warga Bangladesh berusia 37 tahun yang disyaki suspek utama kes ini melarikan diri dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan. 

“Selain kesan kelar di leher, mangsa berusia 45 tahun itu dikelar di bahagian perut, dada dan di belakang telinga malah dua bilah pisau dipercayai menjadi senjata pembunuhan turut ditemukan di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. 

Menurut beliau, selain kesan kelar pada bahagian badan, polis menemukan kesan ikatan tali pada bahagian pergelangan tangan dan kaki mangsa. 

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diikat terlebih dahulu sebelum dibunuh, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. 

Tambahnya, berdasarkan soal siasat dengan dua penyewa lelaki di rumah itu, mereka memaklumkan terdengar pertengkaran di dalam bilik di antara mangsa dan suspek lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan itu pukul 7.30 pagi semalam. 

“Mereka kemudian keluar bekerja dan selepas pulang ke rumah pada waktu malam ternampak mangsa berlumuran darah di dalam bilik. 

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam namun akan disahkan selepas bedah siasat dijalankan,” katanya. 

Dalam pada itu, Soffian berkata, dua penyewa rumah berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan dan butir-butir peribadi suspek telah diperoleh. 

“Polis menjumpai beberapa dokumen seperti pasport dipercayai milik mangsa, namun identiti wanita berkenaan akan disahkan selepas proses bedah siasat dilakukan dan polis masih menyiasat hubungan suspek dan mangsa. 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 6-12-2021 10:39 AM
Sewa bersama kah? Wow wow.
Quote Thunderclouds 6-12-2021 10:53 AM
Tringat pulak kes nurse hari tuh. Haihh
Quote musangbodoh 6-12-2021 11:06 AM
kenapa ko masak sayur asam x campur belacannnnn
Quote tikusmontok 6-12-2021 11:11 AM
Friski?
Quote nononcrux 6-12-2021 11:48 AM
eh eh berani makin  berani eh..
Quote Punat_button 6-12-2021 12:27 PM

bangla tu jusa C?


Quote batmana 6-12-2021 12:39 PM
apala digaduhkn tu..
Quote Artemesiaa 6-12-2021 12:39 PM
Mesti kes cemburu ni
Quote Kitty_catz 6-12-2021 01:47 PM
yg dibunuh yindon

yg membunuh bangla

yg kena kutip mayat, berhabis tenaga rekyat mesia

yihhh ...!
Quote gideoncross 6-12-2021 01:47 PM
musangbodoh replied at 6-12-2021 11:06 AM
kenapa ko masak sayur asam x campur belacannnnn

Skrg aku akn pancung leher kau.
Quote keane.somewhere 6-12-2021 01:51 PM
musangbodoh replied at 6-12-2021 11:06 AM
kenapa ko masak sayur asam x campur belacannnnn

Dia masak sayur tak cukup tekan2 dalam periuk kot
Quote manehnya 6-12-2021 01:59 PM
Yindon ngan baggela.. apa nak heran, yindon dgn nepal pun boleh.... Set² tu kt penang island...

Padankan muka saja...
Quote manehnya 6-12-2021 01:59 PM
batmana replied at 6-12-2021 12:39 PM
apala digaduhkn tu..

Kote kecik kot
Quote awanysss 6-12-2021 02:10 PM
umur 45?
kat yindon ada laki tak..
yg bangla tu kat sana ada binik tak..
kalau la berzina ya allah, sia-sia mati camtu..
Quote Herlina 6-12-2021 02:25 PM
manehnya replied at 6-12-2021 01:59 PM
Yindon ngan baggela.. apa nak heran, yindon dgn nepal pun boleh.... Set² tu kt penang island...

P ...

Memang ada la perangai tak sememeh ni.
Yang beranak anak luni pun ada.

Ada satu kejadian....dah bersalin sibuk suruh org ambik baby tu jadi anak angkat, berdrama kononnya takut kalau dia bela, bapak si baby jual anak tu.
Katanya si jantan tu mmg dah rancang nk jual.


Quote manehnya 6-12-2021 02:36 PM
Herlina replied at 6-12-2021 02:25 PM
Memang ada la perangai tak sememeh ni.
Yang beranak anak luni pun ada.

ah benci!!!

dah memuki, beranak lempar pulak, pastu nti ada yg nak claim IC, hak kerakyatan bagai, bodoh lah!!
Quote tikusmontok 6-12-2021 02:42 PM
Punat_button replied at 6-12-2021 12:27 PM
bangla tu jusa C?

Jusa c tu laki verangan dia...ntah2 cleaner dok cuci  jamban jusa c hari2
Quote saviour_09 6-12-2021 03:06 PM
bangla dambaan acik2

romantik kata nya
Quote Herlina 6-12-2021 03:26 PM
manehnya replied at 6-12-2021 02:36 PM
ah benci!!!

dah memuki, beranak lempar pulak, pastu nti ada yg nak claim IC, hak kerakyatan bagai ...

Itu la hakikatnya perangai sesetengah bangsa luar yg datang sini...
Ada laki/bini kat kmpg memasing pun no hal bg deme ni..janji kat sini ada stok penyedap

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050254 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top