CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Organ,Otak,Kaki Hilang- Mayat Budak 3 Tahun Dimakan Biawak Tiada Unsur Jenayah

6-12-2021 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2017| Komen: 14

Description: Johor Bahru: Tiada sebarang unsur jenayah pada mayat seorang kanak-kanak yang ditemukan berbau busuk dan mereput di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee di sini, semalam.
Johor Bahru: Tiada sebarang unsur jenayah pada mayat seorang kanak-kanak yang ditemukan berbau busuk dan mereput di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee di sini, semalam.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keadaan mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

"Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat.

"Setakat ini kita tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya. Setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, di sini.

Mayat Budak 3 Tahun Dimakan Biawak- Polis Kata Tiada Unsur Jenayah



Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.43 pagi tadi daripada pihak polis bagi bantuan mengangkat mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia tiga tahun yang ditemui 1.5 meter berada dari tebing sungai terbabit.

Pihaknya percayai mayat itu sudah dimakan haiwan seperti biawak dan ikan. Malah belakang tengkorak sudah pecah, rambut dan otak juga telah tiada.

"Difahamkan, penemuan mayat oleh orang awam yang menyatakan terdapat bau sangat busuk dilokasi terbabit. Setakat minggu ini pihaknya tiada menerima laporan kanak-kanak hilang atau lemas di sungai," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 6-12-2021 10:51 AM
Ya Allah...kesiannyaa...ank sapa la tuu
Quote RinIna 6-12-2021 10:57 AM
Kesiannya, baru 3 tahun.. hmmm.. mana parents dia?
Quote Suchi 6-12-2021 11:06 AM
Takda sapa sedar ke anak hilang? Atau..

Berdebar menanti update seterusnya
Quote nononcrux 6-12-2021 11:46 AM
Allahu, 3 tahun kecik lagi nak.. takde sesape hilang ank ke? sebak nye
Quote KamikuP 6-12-2021 11:53 AM
Moga kebenaran akan diketahui umum jua. Kesain budak ni. moga baik2 aja di alam sana. Ammin
Quote Babai 6-12-2021 12:06 PM
Kesian. Baru 3 tahun.
Quote KIM.K 6-12-2021 12:08 PM
Banyak jenayah membabitkan kanak2 di johor lately
Quote lattehazelnut 6-12-2021 12:17 PM
Seramnye.. takut curi organ je..
Quote nellyberry 6-12-2021 12:26 PM
Ya Allah, kesiannya.
Anak siapa yg hilang/lemas nih?
Quote mrsamz 6-12-2021 12:30 PM
Kalau takdak report polis pasal anak hilang..maybe ni anak PATI..makpak takut la nak repot nanti kene deported balik indo
Quote Artemesiaa 6-12-2021 12:35 PM
mrsamz replied at 6-12-2021 12:30 PM
Kalau takdak report polis pasal anak hilang..maybe ni anak PATI..makpak takut la nak repot nanti ken ...

Mungkin juga kalau warga tempatan pasti mak pak dah kelam kabut buat lapuran polis jika anak mereka hilang
Quote naina 6-12-2021 12:39 PM
mrsamz replied at 6-12-2021 12:30 PM
Kalau takdak report polis pasal anak hilang..maybe ni anak PATI..makpak takut la nak repot nanti ken ...

Anak pati pun..sampai hati ke biar anak cmtu. Kesiannya lahai. Mati terbiar tak terbela. Kecik lagi 3 tahun tu. Masih manja tido cari aku malam2 nak peluk. Sebaya anak aku..
Quote mrsamz 6-12-2021 12:43 PM
naina replied at 6-12-2021 12:39 PM
Anak pati pun..sampai hati ke biar anak cmtu. Kesiannya lahai. Mati terbiar tak terbela. Kecik lag ...

Memang ada PATI yg sampai hati buat anak mcm2 pun sis..yg main tinggalkan je kat jiran pastu tak balik2 sampai sudah..ramai kot
Quote Perawankota 6-12-2021 01:01 PM
Ya Allah sedih dengar

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056216 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top