Kekal berkawan dengan bekas teman lelaki bukanlah satu hal yang mudah hendak dilakukan oleh mana-mana individu, namun berbeza pula halnya dengan pelakon cantik Emma Maembong.
Mengaku masih bersahabat dengan lelaki yang pernah disayanginya suatu ketika dulu, Emma, 29, menganggap perkara tersebut bukan satu kesalahan untuk berbaik dengan seorang individu yang pernah berada dalam kamus hidupnya. “Ya, saya mengaku masih berkawan dengan bekas teman lelaki. Bagi saya, pada awal ketika baru berpisah memang normal jika wujud perasaan benci dan marah tetapi jika difikirkan semula, dia salah seorang yang pernah kita kenali dalam hidup.
“Dia mengetahui serba-serbi tentang diri kita seperti suka makan apa dan juga yang pernah ambil hati kita tetapi sayangnya dia tetap bukan jodoh kita,” katanya dalam satu hantaran InstaStory hari ini. Tambah pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu, dia berpendapat tidak perlu untuk mewujudkan permusuhan dengan individu yang pernah dianggap lebih daripada seorang kawan. “Buat apa kita nak bermusuh dengan seseorang yang pernah kita anggap lebih daripada seorang kawan. “Bukankah lebih seronok ada seorang sahabat yang sudah tahu mengenai diri kita dan masih lagi berkawan. Mungkin dia tahu bagaimana untuk tenangkan kita. “Pada awal dulu memang rasa geram sangat tetapi lama-kelamaan perlu sedar dia bukan jodoh kita. Tidak salah jika hendak berbaik dengan seseorang yang pernah jadi sebahagian daripada hidup dan tercatit dalam sejarah buku hidup kita,” ujarnya lagi.
|
bedahmenjuyah: Elok plak pakaian dia ke dior ...
missyL replied at 3-12-2021 06:28 PM
Ngn zizan kawan lg ke..
timah03 replied at 3-12-2021 07:01 PM
Kawan... Hari tu dia pergi kedai makan zizang dgn laki dia....
misuke replied at 3-12-2021 03:52 PM
Shuben dia masih pilot ke
4cupcakes replied at 3-12-2021 07:56 PM
Suami sporting xpe..
ADVERTISEMENT