CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daniesh Suffian Tayang Badan Sado Bikin Wanita Tak Keruan

3-12-2021 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5700| Komen: 27

Description: Lepas Norman Hakim, Naim Daniel, As’ad Motawh dan beberapa lagi artis lelaki lain memuatnaik gambar tak pakai baju kini giliran penyanyi berbakat besar, Daniesh Suffian pula.
Lepas Norman Hakim, Naim Daniel, As’ad Motawh dan beberapa lagi artis lelaki lain memuatnaik gambar tak pakai baju kini giliran penyanyi berbakat besar, Daniesh Suffian pula.


Sebenarnya, pelakon dan penyanyi berusia 22 tahun ini sudah dikenali dengan tubuh sasa. Malah Daniesh sememangnya merupakan seorang bekas atlet dan bergiat aktif dalam membina otot badan.


Foto: IG

Yang pastinya, mesti ramai gadis-gadis di luar sana terpesona melihat gambar Daniesh yang baru sahaja dimuatnaik di Instagramnya ini. Tak kurang juga yang mahu jadikan Daniesh sebagai inspirasi mereka dalam mengimpikan tubuh badan yang menarik seperti ini. Dah macam trend artis lelaki sekarang, tayang body sado kan?


Boleh lihat koleksi gambar bentuk badan Daniesh di laman instagramnya ini.


Foto: IG

Jangan tengok lama-lama ya, takut ada yang jatuh hati pula sampai mengganggu penyanyi berasal dari Tawau,  Sabah ini. Sebelum Daniesh pernah mengaku bahawa dia pernah menerima mesej bukan-bukan daripada individu tidak dikenali di media sosial.

Katanya, paling merisaukan apabila gangguan-gangguan tersebut datang daripada remaja lelaki dan perempuan yang tanpa segan silu, meminta penyanyi ini memberikan gambarnya tidak berbaju.




“Saya gelakkan sahaja, tidak mahu melayan permintaan yang bukan-bukan. Sebenarnya, mesej-mesej sebegini tidak mengganggu. Jika berlaku lagi, saya abaikan sahaja,” katanya kepada Utusan.

Daniesh baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Serpihan bersama video muzik pada awal November yang lalu. Lagu ini ciptaan nya sendiri manakala lirik ditulis bersama Firdaus Rahmat. Sehingga artikal ini ditulis, lagu berkenaan yang kini sudah menerima lebih 150, 000 tontonan di Youtube. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 3-12-2021 03:31 PM
macam ni nak menayang badan tak pe la. macam si sohai tu ada hati nak menayang badan
Quote September14 3-12-2021 04:19 PM
Okla body gni nak tyg.. sado x berkerak to muka dia mcm putera amaris la pulak
Quote orkid_amani 3-12-2021 04:53 PM
Kata popular..tapi kenapa aii xkenai
Quote mawarkhayalan99 3-12-2021 04:59 PM
calling @Kurex nak bersemoga ke tidekkkk
Quote lattehazelnut 3-12-2021 07:09 PM
Gaya muka perasan hensem.. next..
Quote dudaberhias 3-12-2021 07:17 PM
tak keruan pun???
terus kering kontang macam biskut lutut cap tip tap keluaran bersaudara...
mujur tak menopos terus akak lepas tengok ig heshe ni...

tapi akak boleh maafkan lagi yang ni berbanding shuk, tauke, dengan poji nawawi iras2 beruk salji tu...
Quote Mulotkoyak 3-12-2021 09:06 PM
Alamak xknl retis br ni....
Quote slyfynx 3-12-2021 09:23 PM
Tp ko ialah sape?
Quote Whitney72 3-12-2021 11:01 PM
Body je lar yg sado..yg lain? ...
Quote pencintaABC 3-12-2021 11:03 PM
Helok la jugak body beliau utk show off kat pemenat.
Quote ketipongtipah 3-12-2021 11:04 PM
Kurang daya pengetar tulang rusuk terlalu kegayahrinaan dek.
Quote Kurex 4-12-2021 12:18 AM
Semoga dapat terjatuh di dalam air sambil daniesh sambut dgn cermat lalu kurex segera tanya "top ke bottom?"
Quote musangbodoh 4-12-2021 04:01 AM
anak ikan available
Quote kakigojes 4-12-2021 09:05 AM
Mmg kemut ke
Quote ketupatnasi 4-12-2021 12:27 PM
Ye ke gadis yg tak keruan?
Quote adelea 5-12-2021 11:36 AM
Klu pompuan ada adik beradik laki jenis jaga badan ... Mmg x de nak heran pon tgk laki macam ni ... Apoo ? [em:16:]
Quote kiah_mai_pulak 5-12-2021 11:37 AM
tayang lah putik jagung… tayang body mcm ni so yesteryear
Quote gideoncross 5-12-2021 06:30 PM
Body dah sdap tpi sygnya lvl anak ikan je, klau umur dh 30+ bru lh iol nak jamah.
Quote gideoncross 5-12-2021 06:31 PM
pencintaABC replied at 3-12-2021 11:03 PM
Helok la jugak body beliau utk show off kat pemenat.

Klau yg ni best gak tngok, buknnya lvl Suhaimi Saad hahahaha.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.059224 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top