CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Sedia Timang Anak, Haqiem Rusli Tengah Buat Research Jadi Suami Yang Baik

3-12-2021 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6488| Komen: 73

Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat, soalan tentang cahaya mata pasti akan muncul sebaik terhadap pasangan yang baharu berumah tangga.

Penyanyi Haqiem Rusli yang baru memperisterikan Anis Sofea sejak dua minggu lalu tidak terkecuali menerima pertanyaan seperti itu.

Bagaimanapun Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli,23, memilih untuk merancang keluarga memandangkan dia dan isteri masih muda.


Foto: IG

"Saya tak menolak rezeki, kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima... itu rezeki Allah.


"Tapi untuk masa sekarang bukan kami taknak cuma kami masih nak memantapkan lagi hubungan daripada segi kesefahaman. (Perlu bincang) adakah kami sudah bersedia (timang anak) dalam umur sekarang ni.

"To be honest saya tak bersedia lagi, saya masih buat research macam mana nak jadi suami yang baik, masih cari pengalaman la. belum sedia ada anak dalam usia muda ni," katanya kepada mStar.



Haqiem dan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Dalam pada itu penyanyi lagu Tergantung Sepi ini berkata dia dan isteri masih dalam proses untuk mengenali antara satu sama selain belajar menjadi pasangan yang baik.

Akui Haqiem dia sendiri agak kekok selepas memikul tanggungjawab sebagai suami terutamanya perlu mengambil tahu hal berkaitan isterinya.



"Dalam hal berkaitan rumah tangga kami akan bertanya kepada ibu bapa saya dan Sofia, mereka yang membantu mematangkan lagi hubungan kami. Mereka yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga.

"Kalau nak bercakap soal perbezaan selepas berkahwin, pada mulanya memang rasa berbeza sebab saya perlu memikul tanggungjawab yang lain. Apa sahaja urusan Sofea saya turut perlu ambil tahu.

Haqiem bernikah dengan Anis Sofea pada 19 November lalu.



Ketika ditanya tentang perancangan untuk berbulan madu, Haqiem berkata dia masih terikat dengan beberapa program yang perlu diselesaikan.

"Hari tu sempat babymoon je kat Port Dickson. Buat masa sekarang saya ada komitmen setiap hari Ahad untuk Suara Viral.




"InsyaAllah tahun depan nak pergi umrah dulu dan mungkin nak bercuti ke London atau Korea," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 3-12-2021 03:15 PM
kawen umur gini dah pandai planning ehhh
Quote stingergrabs 3-12-2021 04:51 PM
mizruncing replied at 3-12-2021 03:15 PM
kawen umur gini dah pandai planning ehhh

Gagal merancang, merancang kegagalan.......kata anak jiran aku yg 3 tahun
Quote tuntasha 3-12-2021 05:39 PM
Awat tk bercuti ke Sydney dikqieqie
Quote Acikgomen 3-12-2021 05:43 PM
Merancang merancang, ujong2 babymoon apoooo
Ko paham tak maksud babymoon rizuan oiii
Quote orkid_amani 3-12-2021 06:04 PM
Tak tua aih umur 23y tu Sesuai dah jadi bapak org..cumanya bini dia tu muda belia sgt la .baru 19y naa..tapi muka tua..boleh dah aih jadi mak org. Org tua pesan jgn sebut nk rancang ank..nti susah dapat.anggap ja rezeki.
Quote imanda 3-12-2021 08:09 PM
Acikgomen replied at 3-12-2021 05:43 PM
Merancang merancang, ujong2 babymoon apoooo
Ko paham tak maksud babymoon rizuan oiii

entahnya, tkejut i, babymoon???
Quote dudaberhias 3-12-2021 08:18 PM
research?? motippp... ko ingat ni eksaimen uni ke apa???
gebang majlis perkahwinan dengan kek berhala candi lembah bujang yang kena penggal pun dah fail...
Quote Nenolen 3-12-2021 08:21 PM
Kaka duda dah bagi sepatah dua kata..tggu @Normabaru pulak
Quote LadyCarefree 3-12-2021 09:35 PM
dudaberhias replied at 3-12-2021 07:18 PM
research?? motippp... ko ingat ni eksaimen uni ke apa???
gebang majlis perkahwinan dengan kek berhal ...

Uni apo? SPM pon entahkan fail. Penipu xsudah. Agaknya baca forum sini kena kutuk plan hanimun ke Sabah now sebut Landen. Pi PD pon hangkot sedara mara. Nak pi Landen berani ke tu? LOLLLLL. Klah qiemkepampropa...teruskan propa.
Quote Getz 3-12-2021 10:58 PM
gatai kawen...tp tanak anak..
Quote hantamal 3-12-2021 10:58 PM
Research suami yang baik apooo.... kau ngaku je la research mende lain kan.... itulah muda sangat kawin, tak sempat nak belajar la tuuuuuu



Quote makadek 3-12-2021 11:39 PM
Jadi suami yg baik ko jgn jadi laki yang blur
Fahem
Quote makadek 3-12-2021 11:39 PM
Getz replied at 3-12-2021 10:58 PM
gatai kawen...tp tanak anak..

Aku pn tknak anak tk ready masuk 5thn bru ade
Sekali beranak berderet setiap tahun
Quote akies 3-12-2021 11:44 PM
Tak sesuai la guna perkataan research
Ingat nk smbg belajar ke
Bbnu kawin mcm ni la
Quote kechikchomel 3-12-2021 11:45 PM
Bukan ptut 'research' sebelum kawin ka?
Quote Kurex 4-12-2021 12:37 AM
Baru kawen dah cerita pasal anak ke?
Quote doubleA 4-12-2021 12:52 AM
Research? Googling is not research, tu search je. Anyway matlamat bbnu kawen bukan membina family lagi, dah deme rasa muda lagi, tapi lebih kepada halalkan hubungan gitu
Quote Normabaru 4-12-2021 01:44 AM
Acikgomen replied at 3-12-2021 07:43 PM
Merancang merancang, ujong2 babymoon apoooo
Ko paham tak maksud babymoon rizuan oiii

rentis dan bodoh bpisah teda..ckp jela ko nk enjoy halal way dgn wifey...cukup. ni nk research bagaiii..tahikkooo
Quote Normabaru 4-12-2021 01:47 AM
Nenolen replied at 3-12-2021 10:21 PM
Kaka duda dah bagi sepatah dua kata..tggu @Normabaru pulak

hahahahaaa...research?wakluuuuuu

ok cukup da..sepatah dua je

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.180925 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top