CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dia Tahu Serba-Serbi- Emma Maembong Mengaku Masih Berkawan Dengan Bekas Kekasih

3-12-2021 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8026| Komen: 30

Description: Kekal berkawan dengan bekas teman lelaki bukanlah satu hal yang mudah hendak dilakukan oleh mana-mana individu, namun berbeza pula halnya dengan pelakon cantik Emma Maembong.
Kekal berkawan dengan bekas teman lelaki bukanlah satu hal yang mudah hendak dilakukan oleh mana-mana individu, namun berbeza pula halnya dengan pelakon cantik Emma Maembong.


Mengaku masih bersahabat dengan lelaki yang pernah disayanginya suatu ketika dulu, Emma, 29, menganggap perkara tersebut bukan satu kesalahan untuk berbaik dengan seorang individu yang pernah berada dalam kamus hidupnya.


Foto: IG

“Ya, saya mengaku masih berkawan dengan bekas teman lelaki. Bagi saya, pada awal ketika baru berpisah memang normal jika wujud perasaan benci dan marah tetapi jika difikirkan semula, dia salah seorang yang pernah kita kenali dalam hidup.


“Dia mengetahui serba-serbi tentang diri kita seperti suka makan apa dan juga yang pernah ambil hati kita tetapi sayangnya dia tetap bukan jodoh kita,” katanya dalam satu hantaran InstaStory hari ini.



Tambah pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu, dia berpendapat tidak perlu untuk mewujudkan permusuhan dengan individu yang pernah dianggap lebih daripada seorang kawan.

“Buat apa kita nak bermusuh dengan seseorang yang pernah kita anggap lebih daripada seorang kawan.

“Bukankah lebih seronok ada seorang sahabat yang sudah tahu mengenai diri kita dan masih lagi berkawan. Mungkin dia tahu bagaimana untuk tenangkan kita.

“Pada awal dulu memang rasa geram sangat tetapi lama-kelamaan perlu sedar dia bukan jodoh kita. Tidak salah jika hendak berbaik dengan seseorang yang pernah jadi sebahagian daripada hidup dan tercatit dalam sejarah buku hidup kita,” ujarnya lagi.



Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail menjawab hal tersebut selepas ditanya oleh seorang pengikut Instagram mengenai bagaimana cara untuk terus berkawan dengan bekas kekasih.

“Macam mana nak terus berkawan dengan bekas kekasih? Maksudnya kekalkan hubungan yang sihat,” soal netizen tersebut.

Sebelum ini, Emma pernah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto hadir ke sebuah restoran milik bekas teman lelakinya, Zizan Razak.



Hubungan baik mereka turut menerima pujian daripada netizen yang menganggap dua selebriti tersebut sangat profesional.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2020.



Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia setahun. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 3-12-2021 03:52 PM
Shuben dia masih pilot ke
Quote mizruncing 3-12-2021 03:53 PM
dengan syed abdullah kawan lg tak rengsa tgk laki nya follow ke sana sini mcm takde job
Quote miznora 3-12-2021 04:18 PM
Alah korang macam tu pun nak tanya emma nak buat camne dgn bekas boifren. Tak bole pikir sendiri ke??
Quote stingergrabs 3-12-2021 04:20 PM
Harus pun.....its just not logical for you to be with the same man till the rest of your life.....why menzalimi diri sendiri?

Cheating spices up your marriage...

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Quote babelina 3-12-2021 05:07 PM
meluat la dia nie.. x bkenan dari mula..
Quote bedahmenjuyah 3-12-2021 05:11 PM
Elok plak pakaian dia ke dior tu. Yg lain macam tak cukup kain kat kl ni nak di buat baju.
Quote orkid_amani 3-12-2021 05:59 PM
bedahmenjuyah: Elok plak pakaian dia ke dior  ...

Lainmya makeup dia kat Dior tu..tak kenai itu emma
Quote naina 3-12-2021 06:23 PM
Emma dah naik badan
Chubby2
Bakalan ikut seperti maknya ni
Quote missyL 3-12-2021 06:28 PM
Ngn zizan kawan lg ke..
Quote timah03 3-12-2021 07:01 PM
missyL replied at 3-12-2021 06:28 PM
Ngn zizan kawan lg ke..

Kawan... Hari tu dia pergi kedai makan zizang dgn laki dia....
Quote timah03 3-12-2021 07:02 PM
Lepas nikah... Okey gak Emma ni... Kemas... Tak ada selekeh2 sangat...
Quote missyL 3-12-2021 07:05 PM
timah03 replied at 3-12-2021 07:01 PM
Kawan... Hari tu dia pergi kedai makan zizang dgn laki dia....

Oh mmg Bagos la emma ni
Sbb zizan tu not over nicely.
Elok jgk xjadi ngn zizang
Quote 4cupcakes 3-12-2021 07:56 PM
Suami sporting xpe..
Quote zuriey 3-12-2021 09:41 PM
Dia ni npk kepam lah
Dgn rambut ikat mcm bibik yindon je
Quote Masukkeluar 3-12-2021 09:51 PM
misuke replied at 3-12-2021 03:52 PM
Shuben dia masih pilot ke

xkot sbb hari hari dk buat ig review. hahaha
Quote ketipongtipah 3-12-2021 09:52 PM
Ank dia comel..
Quote hzln 3-12-2021 11:12 PM
Sangat skotlen muka anok timoh ni
Quote dudaberhias 3-12-2021 11:27 PM
betul apa dia kata.... buat apa nak gaduh dan bermusuh... apa salahnya berbaik walaupun dah melambung sampai ke syiling siap timoh suka duduk celah kang2 dollah...

apa2 pun yang lepas tetap la yang lepas...dan kepam tetap kepam agittewww...
Quote dudaberhias 3-12-2021 11:29 PM

suami sheolsss memang sporting sangat... suka tepek meme pasal anal dan meme2 sexual dekat ig heshe... tapi iols terhibur...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.252371 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top