CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penerbit Bengang, Apa Masalah MK K-Clique Tak Nak Promosi Filem Sendiri?

3-12-2021 01:05 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6345| Komen: 39|Original author: Oleh: Saiful

Suhaimi Selamat tak puas hati dengan sikap MK K-Clique yang didakwa tak nak memberikan kerjasama dalam mempromosikan  filem Marabahaya Underground.

Penerbit itu kata dia bingung dengan apa yang berlaku dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera tanpa mencalarkan imej pihak produksi.


Foto: IG

"Memang sudah tertulis dalam kontrak mengenai bahagian promosi dan pemasaran. Jika MK rasa kami menggunakan namanya, kami mengambil dia berlakon ketika pengikutnya baru 100,000 ketika tahun 2019.

"Cat Farish selaku pengarah yang melihat potensi MK sebagai pelakon dan menyatakan hasrat mengambilnya berlakon. Tidak sangka begini pula jadinya. Apabila mesej atau telefon hendak berjumpa pun tiada kata putus. Sudah berjanji tidak muncul pula, itu yang lebih menyulitkan keadaan," katanya kepada Harian Metro.



Suhaimi, Foto: Harian Metro

Tambah Suhaimi pihaknya boleh berbincang sekiranya MK mahukan bayaran lebih.

"Sekiranya dia ingin meminta bayaran lebih untuk promosi, semuanya boleh dibawa berbincang. Saya sebenarnya malas hendak memanjangkan isu, namun ingin tahu apa masalah sebenar yang berlaku.

"Saya tidak mahu kontroversi atas sikap dan tindakannya ini akan mencalarkan nama baik produksi. Mungkin peminatnya tertanya-tanya kenapa dia tidak memuat naik semula hantaran dan sebagainya."



Suhaimi kata perkara ini tak sepatutnya terjadi kerana mampu mencalarkan imej artis itu.

"Saya percaya pada naskhah Marabahaya Underground dan tidak hanya bergantung kepada MK semata-mata. Jika dia tidak mahu promosi, maka terpulanglah.

"Cuma apa yang berlaku tidak bagus untuk industri ini, semoga ia tidak berulang lagi pada masa hadapan. Bukan saya saja yang mesej, malah Cat selaku pengarah pun ada juga mesej mengenai hal ini.




"Saya pasti sebagai pengarah, Cat juga kecewa kerana ini adalah filem arahan pertamanya. Kami mempunyai bukti mesej dan semuanya. Malah, bayaran juga sudah dijelaskan mengikut masa."

Tunggu pula penjelasan dari MK. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 3-12-2021 01:07 PM
Dah la kayu. Org bg job pun xnk kerjasama
Quote chazey 3-12-2021 01:09 PM
Jawab Hairi, jawab.
Quote Acikgomen 3-12-2021 01:14 PM
chazey replied at 3-12-2021 01:09 PM
Jawab Hairi, jawab.

Nama dia apoo sebenaqnya
Pening acik dgn remaja zaman skang
Quote dino 3-12-2021 01:19 PM
chazey replied at 3-12-2021 01:09 PM
Jawab Hairi, jawab.

korg ni… ni kan seme kaedah promosi haha
Quote chazey 3-12-2021 02:18 PM
Edited by chazey at 3-12-2021 02:21 PM
Acikgomen replied at 3-12-2021 01:14 PM
Nama dia apoo sebenaqnya
Pening acik dgn remaja zaman skang


Muhammad Hairi Amin bin Hamdan



Gigih taw ai gugel untuk acik.
Quote cicicumel 3-12-2021 02:27 PM
Filem sampah buat rosak je ig feed nk promot ha2
Quote Acikgomen 3-12-2021 02:29 PM
chazey replied at 3-12-2021 02:18 PM
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan



Hok alohhhh nama betul melayu totok
Quote dudaberhias 3-12-2021 02:33 PM
sebab filem sampah ler tu... expectation ala2 fast n furious hujung hujung taraf volkswagen kuning jah...

kalau akak pun tak kosser akak nak promosi... baik pulang wang daripada malu nak kena menyorok tepi bucu katil macam jemaika...
Quote Fly_over 3-12-2021 02:36 PM
sama mcm nabil dulu
Quote Fly_over 3-12-2021 02:39 PM
dia xnk org nampak hasil blakon kayu dia kot. biar peminat dia x perasan kewujudan movie ni
Quote LembingDayanti 3-12-2021 03:00 PM
sewel la org2 yg stim kat mamat rempit ni ewww
Quote mizruncing 3-12-2021 03:18 PM
tak tau laa apa yg BBNU rebutkan. dia ni tgk gaya pon mcm bermasalah
Quote lasagnaklcc 3-12-2021 03:25 PM
Yg berlakon dgn mira aritu pon org ckp kayu. Kalau ni shooting sblm tu mestilah lagi kayu.
Quote niena90 3-12-2021 03:28 PM
MK tak reti berlakon. Rugi je amik dia. FULL STOP!
Quote cikatilia 3-12-2021 03:30 PM
berlakon hauk..
sendiri malu kot
Quote awanysss 3-12-2021 03:55 PM
serius ah dia ada degree tu?
Quote Normabaru 3-12-2021 04:47 PM
Ramai suka suki letak word "dgn kepujian" walhal under 3 je point.. Kepujian konon. Pfft
Quote Lagubestbest 3-12-2021 04:54 PM
dudaberhias replied at 3-12-2021 02:33 PM
sebab filem sampah ler tu... expectation ala2 fast n furious hujung hujung taraf volkswagen kuning j ...

haha vw kuning. haha yg tu mmg takleh blah. tp teaser n promo menjadi woo pilem tu.
Quote supermum 3-12-2021 04:58 PM
Normabaru replied at 3-12-2021 04:47 PM
Ramai suka suki letak word "dgn kepujian" walhal under 3 je point.. Kepujian konon. Pfft

Kepujian tu maksudnya dia ada thesis fyp uols. Kalau course dia ada fyp waima cgpa 2.5 pun still ada kepujian tu hahaha memang kena letak

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052408 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top