Suhaimi Selamat tak puas hati dengan sikap MK K-Clique yang didakwa tak nak memberikan kerjasama dalam mempromosikan filem Marabahaya Underground.
Penerbit itu kata dia bingung dengan apa yang berlaku dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera tanpa mencalarkan imej pihak produksi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/03/130500d9qiy1hjsz7b1179.jpg) Foto: IG
"Memang sudah tertulis dalam kontrak mengenai bahagian promosi dan pemasaran. Jika MK rasa kami menggunakan namanya, kami mengambil dia berlakon ketika pengikutnya baru 100,000 ketika tahun 2019.
"Cat Farish selaku pengarah yang melihat potensi MK sebagai pelakon dan menyatakan hasrat mengambilnya berlakon. Tidak sangka begini pula jadinya. Apabila mesej atau telefon hendak berjumpa pun tiada kata putus. Sudah berjanji tidak muncul pula, itu yang lebih menyulitkan keadaan," katanya kepada Harian Metro.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/03/130127cc2ik5m7cxubgxcs.png) Suhaimi, Foto: Harian Metro
Tambah Suhaimi pihaknya boleh berbincang sekiranya MK mahukan bayaran lebih.
"Sekiranya dia ingin meminta bayaran lebih untuk promosi, semuanya boleh dibawa berbincang. Saya sebenarnya malas hendak memanjangkan isu, namun ingin tahu apa masalah sebenar yang berlaku.
"Saya tidak mahu kontroversi atas sikap dan tindakannya ini akan mencalarkan nama baik produksi. Mungkin peminatnya tertanya-tanya kenapa dia tidak memuat naik semula hantaran dan sebagainya."
Suhaimi kata perkara ini tak sepatutnya terjadi kerana mampu mencalarkan imej artis itu.
"Saya percaya pada naskhah Marabahaya Underground dan tidak hanya bergantung kepada MK semata-mata. Jika dia tidak mahu promosi, maka terpulanglah.
"Cuma apa yang berlaku tidak bagus untuk industri ini, semoga ia tidak berulang lagi pada masa hadapan. Bukan saya saja yang mesej, malah Cat selaku pengarah pun ada juga mesej mengenai hal ini.
"Saya pasti sebagai pengarah, Cat juga kecewa kerana ini adalah filem arahan pertamanya. Kami mempunyai bukti mesej dan semuanya. Malah, bayaran juga sudah dijelaskan mengikut masa."
Tunggu pula penjelasan dari MK. -CARI
|