Georgetown: Pengguna disaran menanam sayur-sayuran di rumah bagi kegunaan sendiri sebagai inisiatif mengurangkan beban kenaikan harganya.
Tambahan pula harga sayur didapati terus meningkat setiap hari dan dijangka berlaku bagi tempoh yang agak lama. Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow berkata, menurut Persatuan Penjual Sayuran, keadaan itu mungkin berterusan sehingga Tahun Baru Cina. Sehubungan itu, langkah menanam sayur sendiri di rumah adalah antara inisiatif yang menjimatkan kos selain tidak memerlukan ruang yang besar.
"Tumbuhan berbuah seperti bendi, terung, cili dan sayur-sayuran berdaun seperti sawi, kangkung, kalian, bayam, tanaman saka pudina, pegaga, kesum dan selom boleh ditanam dengan mudah di balkoni. "Barangan rumah yang biasa digunakan seperti karton susu, jus dan botol minuman, bekas kecil juga boleh digunakan bagi tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang lebih kecil seperti sayur-sayuran berdaun. "Manakala bagi tumbuhan yang mempunyai akar lebih besar seperti bendi, terung boleh gunakan tin biskut bekas sejuk, botol minyak dan air lima liter sebagai medium tanaman," katanya pada kenyataan di sini, hari ini. Subbarow berkata, pengguna yang tinggal di kediaman bertingkat tinggi yang mempunyai ruang terhad juga boleh mengamalkan taman bandar dengan berkesan selagi mereka dapat memastikan tanaman mereka mendapat cahaya matahari. Katanya, di CAP, pihaknya mengadakan latihan berkala pertanian bandar kepada orang ramai terutama suri rumah yang menanam sayur-sayuran sendiri di kawasan tempat tinggal. "CAP sedang mengeluarkan baja vermi, penggalak pertumbuhan tumbuhan dan tanah yang diperkaya dengan harga berpatutan bagi mereka yang ingin memulakan berkebun. "Memulakan tanaman di rumah sendiri adalah berbaloi kerana ia memberi manfaat kepada seluruh ahli keluarga bagi menikmati sayur-sayuran segar dan bebas kimia," katanya. CAP turut mempunyai kawasan kebun yang menanam sayuran, buah-buahan dan kira-kira 50 jenis herba di laman belakang pejabat berkenaan sejak hampir 10 tahun lalu. Orang ramai yang berminat bagi menyertai latihan pertanian semulajadi boleh mendaftar di pejabat CAP, hubungi talian 04-8299511 atau 012-5374899 (Subbarow). -CARI Sumber: Harian Metro
|
mclaren replied at 3-12-2021 02:23 PM
Dulu suruh makan kangkung. Sekarang suruh tanam sayur sendiri pulak. Ingat sayur tu tanam hari ni es ...
ina_na replied at 3-12-2021 02:40 PM
Mslh gak tanam sendiri biji benih tu semut bawak lari.. tp x pe..sabar itu makanan..
Kitty_catz replied at 3-12-2021 01:31 PM
tiap2 kali tu je solution deme
ingat hari ni semai benih, esok boleh masak ke acaner? kut umah ada ...
ina_na replied at 3-12-2021 02:40 PM
Mslh gak tanam sendiri biji benih tu semut bawak lari.. tp x pe..sabar itu makanan..
ADVERTISEMENT