View: 2714|Reply: 44
|
Harga Naik, Rakyat Diminta Tanam Sayur Sendiri
[Copy link]
|
|
Georgetown: Pengguna disaran menanam sayur-sayuran di rumah bagi kegunaan sendiri sebagai inisiatif mengurangkan beban kenaikan harganya.
Tambahan pula harga sayur didapati terus meningkat setiap hari dan dijangka berlaku bagi tempoh yang agak lama.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow berkata, menurut Persatuan Penjual Sayuran, keadaan itu mungkin berterusan sehingga Tahun Baru Cina.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/03/125334fq4i2o7zj02w472t.png) NV Subbarow menunjukkan antara sayuran yang dituai di kebun di Pejabat CAP, Jalan Masjid Negeri. FOTO Ihsan CAP
Sehubungan itu, langkah menanam sayur sendiri di rumah adalah antara inisiatif yang menjimatkan kos selain tidak memerlukan ruang yang besar.
"Tumbuhan berbuah seperti bendi, terung, cili dan sayur-sayuran berdaun seperti sawi, kangkung, kalian, bayam, tanaman saka pudina, pegaga, kesum dan selom boleh ditanam dengan mudah di balkoni.
"Barangan rumah yang biasa digunakan seperti karton susu, jus dan botol minuman, bekas kecil juga boleh digunakan bagi tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang lebih kecil seperti sayur-sayuran berdaun.
"Manakala bagi tumbuhan yang mempunyai akar lebih besar seperti bendi, terung boleh gunakan tin biskut bekas sejuk, botol minyak dan air lima liter sebagai medium tanaman," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.
Subbarow berkata, pengguna yang tinggal di kediaman bertingkat tinggi yang mempunyai ruang terhad juga boleh mengamalkan taman bandar dengan berkesan selagi mereka dapat memastikan tanaman mereka mendapat cahaya matahari.
Katanya, di CAP, pihaknya mengadakan latihan berkala pertanian bandar kepada orang ramai terutama suri rumah yang menanam sayur-sayuran sendiri di kawasan tempat tinggal.
"CAP sedang mengeluarkan baja vermi, penggalak pertumbuhan tumbuhan dan tanah yang diperkaya dengan harga berpatutan bagi mereka yang ingin memulakan berkebun.
"Memulakan tanaman di rumah sendiri adalah berbaloi kerana ia memberi manfaat kepada seluruh ahli keluarga bagi menikmati sayur-sayuran segar dan bebas kimia," katanya.
CAP turut mempunyai kawasan kebun yang menanam sayuran, buah-buahan dan kira-kira 50 jenis herba di laman belakang pejabat berkenaan sejak hampir 10 tahun lalu.
Orang ramai yang berminat bagi menyertai latihan pertanian semulajadi boleh mendaftar di pejabat CAP, hubungi talian 04-8299511 atau 012-5374899 (Subbarow). -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 kali tu je solution deme
ingat hari ni semai benih, esok boleh masak ke acaner? kut umah ada laman boleh le nak bercucuk tanam, kut takde? ujung2 salah consumer sbb tak mampoo nak beli kan?
tp meols sokong je umat2 mesia belajar bercucuk tanam bagi yg ada tanah tu atau balcony.. start small takpe.. esok2 kome2 dah pandai, tapayah dah beli sayur.. bior deme2 pulak merempan kat socmed sayur tak laku ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
join je group2 berkebun yg bersepah2 kat fesbuk.. takkan main porom je dohpatjam ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
CAP sedang mengeluarkan baja vermi, penggalak pertumbuhan tumbuhan dan tanah yang diperkaya dengan harga berpatutan bagi mereka yang ingin memulakan berkebun.
——-
Oh i see. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je dah lakukan sejak awal pkp dulu ramai pun dah dapat hasilnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu suruh makan kangkung. Sekarang suruh tanam sayur sendiri pulak. Ingat sayur tu tanam hari ni esok dah besar elok bolrh makan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
harga baja pun x salah aku naik jugok.. punohhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mslh gak tanam sendiri biji benih tu semut bawak lari.. tp x pe..sabar itu makanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Babi punya solusi!
Ko ingt harini tanam esok dah boleh makn ke sayur tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 3-12-2021 02:23 PM
Dulu suruh makan kangkung. Sekarang suruh tanam sayur sendiri pulak. Ingat sayur tu tanam hari ni es ...
Kang bila lambat masuk zoom miting bos tanya pi mana, errrrrrr tgh buang siput babi kat daun sayoq bos![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 3-12-2021 02:40 PM
Mslh gak tanam sendiri biji benih tu semut bawak lari.. tp x pe..sabar itu makanan..
Nampak sangat lepas chuols beli benih tu, chuols biaq je kat situ sampai malam![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bayam merah, kucai ngan ketumbar haku da start naik...seronok sampai ke telinga |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 3-12-2021 01:31 PM
tiap2 kali tu je solution deme
ingat hari ni semai benih, esok boleh masak ke acaner? kut umah ada ...
Kan...aku dh try tanam..bukannya mudah kalau basic needs pokok utk dia hidup pun tak cukup..
Last2 aku beli je la, jimat duit dr duk perabih beli baja tanah seeds.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 3-12-2021 02:40 PM
Mslh gak tanam sendiri biji benih tu semut bawak lari.. tp x pe..sabar itu makanan..
Chuols try semai dlm kulit telur... |
|
|
|
|
|
|
|
I jealous btl dgn org yg tanam menjadi...kakak i tnmkan limau kasturi..bila tiba kat i trus x hidup...huhu..nanas tanam pun hidup segan mati x mahu..mangga langsung hilang bayang..kaw rumah i byk tanah tapi tgn i ni kejung..tanaman seme mati kat i sampai my sis merajuk tak nak tanamkan apa2...i bkn x siram..i siram je tanaman tapi i jenis x rajin berbual dgn tanaman sbb cepat letih..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
susah jugak nak kena jaga bkn semua org rajin bab2 menanam ni
takpe lah mkn taugeh je lah ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
org dah lama buat la. mslhnya sume benda naik bukan sayur je. hanatttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Iols peminat sayuran hijau okek…segala mala naik rege..khinzir… |
|
|
|
|
|
|
| |
|