CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sampainya Hati Derma Di Masjid Guna Duit Mainan

3-12-2021 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2198| Komen: 5

Jakarta: Jawatankuasa Pembangunan Masjid Baiturohman di Desa Lebo, Warungase, Jawa Tengah terkejut kerana menerima sumbangan berupa duit mainan.

Perkara tersebut hanya disedari ketika jawatankuasa tersebut ingin menggunakan duit berkenaan ketika membeli barangan di sebuah kedai.

Ketua Pembangunan Masjid, Subadri berkata, pemilik kedai berkenaan memaklumkan mereka tidak boleh menerima duit itu kerana ia bukan duit sebenar, sebaliknya duit permainan.


Foto: Agensi

Katanya, dia dan jawatankuasa menerima sampul berisi duit tersebut dari seseorang, namun tidak menyangka duit tersebut adalah permainan.


“Kami tidak perasan perkataan yang tertera pada duit kertas itu adalah wang mainan.

“Tidak mengapalah, hal sudah berlaku dan ini bukan rezeki kami,” katanya.

Subadri memberitahu, sudah lebih setahun jawatankuasa tersebut bersama penduduk setempat membangunkan masjid itu yang dianggarkan bernilai 240 juta rupiah (RM70,585).

Jelasnya, kesemua duit untuk pembangunan masjid tersebut diperoleh hasil sumbangan pelbagai pihak. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kluangman 3-12-2021 04:47 PM
Husnuzon. Masjid tu mungkin jemput penceramah bagi hadis palsu jadi orang bagi la derma duit palsu.
Quote musangbodoh 4-12-2021 04:27 AM
ye ke duit mainan...
Quote keane.somewhere 4-12-2021 05:39 AM
Budak2 kot punya kerja...or maybe dia kena bayar nazar tapi xda duit. Pikir positif je ye wak
Quote Artemesiaa 4-12-2021 11:48 AM
Bukan benda baru banyak je kes macam ni terjadi dimana2 tempat pun
Quote nononcrux 6-12-2021 08:52 AM
semoga Allah membalas perbuatan sipitong durhaka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.032729 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top