CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Johan As’ari Salah Faham Maksud Selfie Beribadah?

25-6-2015 12:26 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 20245| Komen: 101

Oleh Adib Za

Susulan Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut mengeluarkan kenyataan bergambar selfie selepas terawih dengan niat riak dan menunjuk-nunjuk boleh menghapuskan pahala ibadah, rupanya ia mendapat perhatian artis yang satu ini.


Johan As'ari yang kini sedang menuntut ilmu agama di India tampil dengan kenyataan di laman Instagram yang menunjukkan rasa peliknya dengan kenyataan tersebut.

"Pelik pula ana bila tak boleh selfie.." antara lain yang dikatakan dalam instagram miliknya. 


Namun, status tersebut juga telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dengan artis ini dan ada juga yang menganggap Johan tersalah faham maksud yang disampaikan oleh Datuk Nooh Gadut.

Nyatanya, Nooh Gadut bukan menghukum namun mengingatkan masyarakat jika tujuan selfie itu untuk menunjukkan amal ibadat yang ditunjukkan, maka lebih baik ditinggalkan.

"Ibadah sama seperti bersedekah, konsepnya jika tangan kanan memberi, tangan kiri tidak sepatutnya tahu.

"Riak dan takabbur ini menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri hendak sembahyang ke hendak berselfie?" ujar Nooh menerusi Astro Awani.

Rasanya penjelasan Nooh Gadut amat jelas, jika ia selfie itu disertai dengan niat yang salah untuk menunjuk-nunjuk, maka pastinya ia hanya merugikan si pelakunya.  - CARI Infonet


41

Bagus
47

Marah
27

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 24-6-2015 12:41 PM

KUALA LUMPUR – Bayangkan senario ini. Anda sedang menunggu, atau baharu selesai mengerjakan solat sunat tarawih. Anda keluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar sendiri ‘selfie’… atau mungkin juga ‘wefie’.

Gambar tersebut kemudian anda muat naik pula menerusi laman media sosial milik anda seperti Facebook atau Instagram – yang jelas menunjukkan anda masih lagi lengkap bertelekung, atau bersongkok.

Seorang pendakwah terkenal di negara kita dan bekas mufti kerajaan negeri Johor berpendapat, perbuatan tersebut mungkin tidak elok dan dibimbangi boleh menghapuskan pahala puasa anda sendiri.

Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan ‘selfie’ selepas menunaikan solat atau tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk, boleh menghapuskan pahala ibadah.

Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor itu menambah, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat, sambil menambah, fokus ibadah ialah khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang.

“Semasa beribadah ini, kita sewajarnya perlu meninggalkan seketika alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah untuk dihebohkan pula kepada seluruh dunia!

“Apa tujuan kita ke masjid? Apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar ‘selfie’? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada,” ujar Nooh yang dipetik laman stesen berita Astro Awani.

Beliau turut menambah bahawa merakamkan ‘selfie’ selepas menunaikan beribadah turut dikhuatiri boleh membatalkan perasaan khusyuk dan keikhlasan sepanjang bulan Ramadan.

“Riak takabur menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri nak solat ke atau selfie? Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial,” katanya. – Agensi/Mynewshub/HAA

Nota: Rakaman siaran Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 menceritakan mengenai perihal selfie bersama panel antaranya Datuk Ustaz Kazim Elias.


Quote caprut 24-6-2015 12:44 PM
Aku tgok ketuk ketuk ramdhan johan ni, mmg de ni jenis mulut manis ekk
Quote fredza 24-6-2015 12:47 PM
johan vs mufti....
Quote tomet05 24-6-2015 12:48 PM
kan noh gadut ada mention tu ..
jika dengan niat menunjuk-nunjuk ..
kalua niat nak share je xde lah nak sentap sangat kan
Quote ip_lepat 24-6-2015 12:54 PM
Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan ‘selfie’ selepas menunaikan solat atau tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk, boleh menghapuskan pahala ibadah.
Quote julia5094 24-6-2015 12:55 PM
Kan dia dah cakap..kalau tujuan untuk menunjuk2 tu..hi..hi...
Quote doubleA 24-6-2015 01:00 PM
johan dan propa + cubaan up kan diri berpisah tiada.

dah #niatbelajar tu belajar baik2.
Quote fifie_olin 24-6-2015 01:04 PM
atas niat memasing...
dosa pahala ni ALLAH pya kje...
Quote mdmvava 24-6-2015 01:11 PM
xyah nak pelik sgt la...haihh ntahla aku tatau nape aku tak suka kat ko johan oii
Quote SirihPinang 24-6-2015 01:19 PM
caprut replied at 24-6-2015 12:44 PM
Aku tgok ketuk ketuk ramdhan johan ni, mmg de ni jenis mulut manis ekk

mulut manis cemana tu? cer citer skit

Quote steadylady80 24-6-2015 01:23 PM
selfie , wefie ni selepas solat bagi i, terpulang pada niat masing2.

ada yang melihatnya meluat, sebabnya nampak menunjuk2.

ada pulak yang melihatnya rasa tersentuh hati; terbukak hati pulak nak buat sama.


terpulang...

dosa pahala tuhan yang tentukan....
Quote senahsanasini 24-6-2015 01:24 PM
yg ente sentap apahallllllll johann ?????
Quote alesandra 24-6-2015 01:28 PM
gamba jemaah kat mekah tu nampak muka diorg happy sgt....
Quote Suchi 24-6-2015 01:32 PM
sangka baik je di bulan remdan ni
suke atilah korang nk selfie lepas solat ka lepas junub ka
itu lebih baik drpd korang selfie sambil mkn di siang hari ka
janji tak kacau idup org lain sudah.
Quote fzmm 24-6-2015 01:32 PM
Edited by fzmm at 24-6-2015 01:54 PM

ni ana felik sikit lah..baru pegi belajar agama dah ade hati nk komen pendapat ulamak pulak...haishhhhh...husnuzon jgn x husnuzon
Quote yayangmama 24-6-2015 01:47 PM
entah lah....

yang saya rasa....ish...ape la g tarawih pon nak bg tau....

hahah...mmg kureng gemar tengok orang uplod2 gamba g tarawih
Quote chinta89 24-6-2015 02:32 PM
ape la isu nya.. dh terang bersuluh lagi dia kata 'niat' kan.. kalu xde niat nk riak2 takbur wat amal ibdat, ape kesah?

yg kesah yg sentap tu sb niat terpesong gamaknya.
Quote DayangKirana 24-6-2015 02:32 PM
tak habis2 si johan nie...
motip nak selfie? nak bgtau satu dunia ko dah solat? bukan menunjuk2 ke tuh? kan ada unsur riak?

Quote cik_ted143 24-6-2015 02:33 PM
pi masjid pun nak bawa hp...
cer simpan hp tu sekejap...
x matinya tinggal sekejap...

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061241 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top