CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putus Asa Sakit Tak Sembuh-Sembuh, Lelaki Nak Bunuh Diri Terjun Sungai

2-12-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1764| Komen: 8

Padang: Seorang lelaki yang berniat membunuh diri dengan terjun ke dalam air terjun sedalam 30 meter terselamat selepas bertahan selama 19 jam di kawasan Kelok Jariang, Kecamatan Bungus Teluk Kabung.


Lapor Kompas.com, TI, 44, nekad terjun kira-kira pukul 3.00 petang (waktu tempatan) dan ditemukan dalam keadaan dipenuhi luka.

Ketua Polis Bungus Teluk Kabung, Zamzami  berkata, mangsa masih menyedarkan diri dengan luka-luka kelihatan di bahagian kepala, punggung, kaki dan tangan.


Foto: Kompas.com

Katanya, mangsa nekad melakukan perkara itu kerana putus asa dengan penyakit yang dialaminya tidak sembuh sehingga ke hari ini menyebabkan dia berasa malu kepada isteri dan keluarganya.


“Isteri mangsa menerima kiriman mesej yang mengatakan suaminya ingin membunuh diri.

“Wanita itu kemudian menghubungi suaminya, namun, yang menjawab panggilan itu adalah orang lain,” katanya.

Isteri mangsa kemudian membuat laporan polis dan menuju ke lokasi kejadian. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abahmung 2-12-2021 12:52 PM
kasihan..semoga dipermudah urusan
Quote mbhcsf 2-12-2021 01:11 PM
Semoga aman aman hendaknya. Her hubby ni kena pi jumpa psychitraist ni or pain management group, i tatau kalau kat indonesia ade ke team sebegini?

Pain management kalau kat UK Anaesthetist yg handle the clinic...
Quote Nnasda53 2-12-2021 01:47 PM
Moga baik2 saja hendaknya.
Quote Artemesiaa 2-12-2021 01:50 PM
Kat Malaysia pun ada je kes macam ni tapi terjun dari bangunan hospital
Quote Kurex 2-12-2021 03:22 PM
suka sgt reporter sangkak bukak benang indon kan...

Buat aku makin takde hati nak jengah sini. Tengok la sikit hari lagi mungkin bungkus terus cari forum dek reporter asal boleh ni
Quote nononcrux 6-12-2021 08:54 AM
Yaa indon lagi, moga-moga negara ini terus dilindungi dari sebarang musibah dunia/diri sendri..
semakin pelik semakin rumit kehidupan rakyat indon ni..
Quote matchstick 6-12-2021 09:14 AM
Apa friska buat kt situ
Quote airisa 6-12-2021 09:32 AM
mbhcsf replied at 2-12-2021 01:11 PM
Semoga aman aman hendaknya. Her hubby ni kena pi jumpa psychitraist ni or pain management group, i t ...

kat malaysia selalunya they refer to paliative clinic ... itu kalau kes2 penyakit yg teruk2 la ..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.061529 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top