CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang ‘Panas’, Bengang Dengar Ayat Al-Quran Dalam Komuter

2-12-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5596| Komen: 58

Description: London: Seorang penumpang lelaki berasa geram apabila penumpang beragama Islam membaca al-Quran di dalam komuter di tengah London.
London: Seorang penumpang lelaki berasa geram apabila penumpang beragama Islam membaca al-Quran di dalam komuter di tengah London.

Lapor Daily Mail, lelaki itu dengan tegas memberitahu penumpang tersebut supaya ‘menghormati hak orang lain’ semasa dia meneruskan bacaan tersebut pada pukul 6.40 pagi, 27 November lalu.

Lelaki itu kemudian menjadi berang dan memberitahu ‘ini adalah negara Kristian’ dan dia sepatutnya ‘beradab dan mengikuti cara orang di sini’.

Menerusi klip video yang sempat dirakam, lelaki tersebut memberitahu penumpang itu dia tidak sepatutnya membaca al-Quran semasa dia duduk di kawasan itu.

Foto: Daily Mail


“Anda tidak mempunyai kesopanan untuk bertanya kepada saya sama ada boleh melakukannya atau sebaliknya,” tegasnya.

Penumpang tersebut kemudian membalas dia tidak perlu meminta kebenaran lelaki itu.

Lelaki itu bertambah marah dengan jawapan yang diterima dan menegaskan penumpang tersebut perlu meminta kebenaran untuk menceroboh privasi di ruang yang didudukinya.

Penumpang tersebut dengan tenang menjawab:”Anda di sana dan saya di sini”.

Penumpang Muslim itu kemudian memuat naik video tersebut dalam media sosial dan menjelaskan dia membaca al-Quran dalam keadaan perlahan dan tidak terlalu kuat.

Malah, ujarnya, dia langsung tidak mengganggu ketenteraman penumpang lain kerana hanya membaca sekadar boleh didengari dirinya sahaja.

“Penumpang di hadapan saya mempunyai masalah apabila saya membaca al-Quran di tempat awam.

“Tiada penumpang lain melainkan dirinya sahaja berasa terganggu. Saya beritahu supaya dia berpindah ke tempat lain sekiranya tertekan atau senyap, namun dia tidak menghiraukan langsung,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 2-12-2021 02:10 PM
haiyooo…  yang ko pun ketegag nak baca tak pandang tempat dah kenapa…  buat nama islam tak elok je…
Quote Samerosie 2-12-2021 02:13 PM
Dah kenapa nak baca quran dlm train.  Kalau org tu boleh dengar makna kau baca kuat la bai.  
Quote ellejo 2-12-2021 02:39 PM
i tak percaya sikit pon. kat malaysia ni speaker surau bagai nak pecah katanya ni biasa je tak kuat pun.
tu belom yg pasang apps azan punya kuat pastu berbunyi satu opis taknak tutup alasan hormat azan. orang lain pun berbunyi. masjid luar opis pulak berbunyik.
udah bertindan.

Quote Kurex 2-12-2021 03:19 PM
uols baca kuat2 ke? sepatutnya baca biar telinga sendiri dengar macam kita solat tu. sebab Nabi sendiri tak bagi kita kuatkan bacaan mengaji. Dan Allah taklah pekak.. macam surau rumah iols, seboleh bukak speaker mengaji kuat2. iols yg muslim pun sakit telinga.

nak tunjuk nilai seorang Islam, mulakan dengan akhlak seperti yang ditunjukkan Nabi Junjungan.

Kalau uols tak mengaji kuat, tapi acik ni mengamuk, mungkin ada setan dalam diri heols / dia benci Islam..
Quote bakingsoda 2-12-2021 03:46 PM
aku sokong pacit kapir ni. boleh buat ibadah pon jgn la sampai mengganggu orang. dengar je la bacaan ayat quran pakai earphones sementara sampai rumah. nama pon tempat awam!
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2021 05:02 PM
Sekadar baca sahaja, entah faham ke tidak Wallahu a'lam bissawab siapa tahu boleh tolong jawab
Quote airmineral 2-12-2021 05:02 PM
Edited by airmineral at 2-12-2021 05:04 PM

kalau mengganggu mmg la marah
kt msia ni dlm train, ada je org buat selamba buka audio medsos kuat2 sikit pun xrasa apa

kt umah aku ni jiran sebelah hindu, kalau mak dia semayang time maghrib atau subuh, dia pny bunyi loceng consistently berbunyi dalam tempoh yg lebih lama drpd azan..dgn bau asap lagi
jiran cina belakang rumah plk pagi2 around 6am da start bunyi loceng yg berterusan dan berpanjangan besenya lebih sejam ye..pastu kdg2 pagi2 buta buka ceramah mmg sgt mengganggu la

stress sbnrnya gangguan bunyi ni
Quote kotakominami 2-12-2021 05:18 PM
airmineral replied at 2-12-2021 05:02 PM
kalau mengganggu mmg la marah
kt msia ni dlm train, ada je org buat selamba buka audio medsos kuat2  ...

Huhu..saya terkena dgr bunyi loceng ni saya jerit kat bawah suruh tunggu jap saya nak pakai tudung....ingat pakcik ais krim....rupe org semayang
Quote domestobot 2-12-2021 05:22 PM
aku setuju kat orang yang tegur tu. sebab bukan semua orang tahu dan gemar nak dengar bacaan Al-Quran, walaupun ko rasa Allah tu on your side. kita tak boleh paksa nak dakwah orang lain camtu, ingat orang suka ke. cuba kalau dalam MRT KL tu tetiba sami hindu pasang bacaan kitab Veda kuat2. pada dia best dan sedap lah dapat pahala, tapi tak lama lah sebab tetiba nanti ada pakcik kopiah pegi cekik dalam MRT tu dan2 tu jugak
Quote VioletsAre_Blue 2-12-2021 05:38 PM
Penumpang lain takde masalah jadi betul la dia baca perlahan, pakcik tu je yang ada masalah
Quote sehirkedi 2-12-2021 06:03 PM
Edited by sehirkedi at 2-12-2021 06:06 PM

Dah duduk menumpang negara orang dok buat ikut kepala sendiri, tak menghormati orang lain.  Dah lah baca kuat2 pastu dok rakam dan sebarkan video pula. Selayaknya kena maki. Helok disaman dan dihalau keluar saja orang yg ngok ngek camni. Muslim yg dok menumpang negara orang memang suka mencabar kemarahan orang lain terutama stok dari arab, afrika, india, paki dan leluhurnya.
Quote umbut 2-12-2021 06:15 PM
Puak2 immigrant ni dah dtg negara org buat kepala sendiri. Ko pasang je ler earphone or baca kat umah. Dah knp ko baca dlm komuter. Ko perasan pelan tapi ganggu org sekeliling
Quote Orix 2-12-2021 06:18 PM
kakikuDibibirmu replied at 2-12-2021 05:02 PM
Sekadar baca sahaja, entah faham ke tidak Wallahu a'lam bissawab siapa tahu boleh tolong jawab

HAIPPPPPP.... tak faham tak apa... yg penting mulut kena kumat kamit ikut hukum tajwid yg betul... gituhhh
Quote zacEfron 2-12-2021 06:43 PM
kalau tak faham bahasa arab.. tgk la translation ke bm..
el kafirun jgn la tunjuk bodo sgt
Quote angelofish 2-12-2021 07:00 PM
cuba bayang kan kalau orang agama lain baca kitab dia orang.
Quote 234126 2-12-2021 07:24 PM
iol pun menyampah orang pasang lagu kuat dalam train. Takda orang nak dengar lagu kau la. Pakai la headfon tu. Ni mengaji pun tak agak. Walau pelan hormat je la space tu kongsi. Nak jugak provoke pastu play victim
Quote zacEfron 2-12-2021 07:41 PM
iols naik mrt biasa jumpa indon hanat yg suka dengar lagu kuat..
yg borak kuat.. keling
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2021 07:53 PM
zacEfron replied at 2-12-2021 07:41 PM
iols naik mrt biasa jumpa indon hanat yg suka dengar lagu kuat..
yg borak kuat.. keling

India berborak kalu sampai benua India sana tu pun boleh dengar
Quote merrissa 2-12-2021 08:16 PM
ada org putih dia tegur kawan aku "awat pasang kuat2 lagu tu?"

kawan aku tu dia bukak quran, sb time dia sorng je dlm bilik tu dgn aku.....tetibe ada org putih tu plak msuk

bukan sb panas ke apa...tp mmg mengganggu la kot...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060088 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top