CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

445 Pelajar Berhenti Sekolah Sebab Nak Kahwin

2-12-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3166| Komen: 29

Seramai 445 pelajar sekolah dikesan tidak menamatkan sesi persekolahan dengan alasan ingin berkahwin.

Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, ia merupakan rekod bagi tempoh 2020 sehingga kini.


Daripada jumlah itu, jelas Idris, seramai 411 orang adalah pelajar perempuan, sementara 34 orang lagi adalah pelajar lelaki.


Gambar Hiasan

“Semua permohonan perkahwinan bawah umur bagi orang Islam dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri juga menetapkan mana-mana pemohon di bawah umur minimum yang hendak berkahwin hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Hakim Syarie terlebih dahulu,” jelasnya dalam jawapan dimuat naik di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Fuziah Salleh (PH-Kuantan) meminta kerajaan menyatakan jumlah pelajar berhenti sekolah untuk berkahwin ketika pandemik.

Jelas Idris, Sarawak mencatatkan rekod paling tinggi iaitu 183 kes, diikuti Sabah (86), Kelantan (43), Pahang (38), Terengganu dan Perak masing-masing 21 kes.

Ia disusuli Kedah (17), Selangor (12), Johor (10), Perlis dan Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Melaka (dua), dan Labuan (satu). -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 2-12-2021 12:43 PM
Lepas tu anak berderet, nak kje susah, mintak bantuan..
Quote tungkai 2-12-2021 12:47 PM
Aah betul trend ni. Adik ipar aku pompuan patutnya tahun ni SPM tapi berhenti sebab dah takde hati nak belajar. Yg laki umur 19 tak keje. Bila tanya nanti nak makan apa? Dia boleh jawab bumi Allah ni luas...Aduhaiii.....
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2021 12:49 PM
Gatal bijik!
Quote lattehazelnut 2-12-2021 01:56 PM
tungkai replied at 2-12-2021 12:47 PM
Aah betul trend ni. Adik ipar aku pompuan patutnya tahun ni SPM tapi berhenti sebab dah takde hati n ...

Mak ayah patut xyah tolong.. biar dia buat pondok sendiri, tanam jagung etc sendiri.. bayar bil, masak sume sendiri..
Quote sekngucing 2-12-2021 01:59 PM
ada kawan masa sekolah rendah..berhenti kerja   masa umur 14 tahun sebab dikahwinkan.oleh bapaknya...iol nampak dia masa iol spm (17 tahun) muka dah macam makcik2 anak dah nak.masuk 3..

sekarang dah lebih 20 tahun berlalu iols rasa dah jd nenek
Quote Artemesiaa 2-12-2021 02:00 PM
Dah tak minat sekolah mak pak dah tak mampu tangung adik beradik ramai ada yang nak dikawin je
Quote supernaturalee 2-12-2021 02:36 PM
x bg nikah kang risau jd zina smpi keluar anak ape plk

dh bg nikah, nk cari mkn lps nikah plk 1 hal
kot mak bapak berada blh lh tanggung serba serbi
klu bese2 je ape kau nk mkn dekkk


mintak simpang lh jd kt family kita ye

Quote Jitu 2-12-2021 03:22 PM
punca sbb pergaulan dan didikan
klu dia jaga pergaulan, pikir masa depan, mak ayah takde lah nak kekonon cinta bercouple pastu takut berzina bagai ni
sekali rasa dah sedap mmg nak selalu lah
Quote chazey 2-12-2021 03:24 PM
Merasa la juga kawin daripada Stinkngok kote 1mm. Nak membiak pun tak mampo jadi boleh berfantasi pedo dengan budak umo 3 tahun sajork.
Quote supermum 2-12-2021 03:28 PM
Biasa dorang ni background ada persamaan
Quote Supersirap 2-12-2021 03:34 PM
Nak x nak mak bapak juga yang kena bantu mereka ni, siapa lagi yang boleh bantu mereka?
Quote krustykrab 2-12-2021 03:38 PM
lattehazelnut replied at 2-12-2021 12:43 PM
Lepas tu anak berderet, nak kje susah, mintak bantuan..

Keje dia main fb...
Up gambo2 sedih anak2 tak makan minum mintak simpati
Quote bakingsoda 2-12-2021 03:42 PM
check jugak background parents tu mcmn. spesis anak berderet dah tak mampu tanggung suruh anak kawin, pastu tambah lagi anak baru. anak tu pulak dah sekolah pon tak habis keje pon tah kemana ikut pulak jejak langkah makpak beranak ramai2 dan kawinkan anak tu bila tak mampu hantar sekolah ulang benda sama setiap generasi sampai ajm. last2 semua menempel dlm satu pondok sama minta bantuan
Quote CikYaYaYa 2-12-2021 03:50 PM
iols tengok kat tiktok ramai laaa duk showoff kawen awal. Alahai dikk jangan laaa ko tergedik2 nak kawen sebab trngok yg best2 jee kat socmed tu haa. Yg xbest tu diorg xtunjuk ponn. adeh mintak jauh laa family aqq ad yg spesis mcm nie. iols nie sapa ke sudh duk mbebel kat ank buah mls mcm mana pon jgn bhenti sekolh. At least biar ad spm tu. Risau kot diorg trsa nk stoo blajr sbb yelaaa suasana seklh skrg pon xbestt mcm dolu2 dah
Quote haifawehbe 2-12-2021 03:52 PM
jenis mak bpk nk lepas tanggungjwb kot tu yg bagi kawen muda.. kalau dah tahu x mampu nk sara anak asal kawen & membiak?
Quote Meiizu 2-12-2021 05:14 PM
Kawin awal cerai pun awal..keje operator,cashier,cleaning pun mintak spm.
Quote cmf_jeangrey 2-12-2021 06:23 PM
Hmm..yg ada degree pun lelah cari kerja...dgn pandemiknya...mmg betul2 short-sighted budak2 nih..
Quote matbad 2-12-2021 07:23 PM
lni aku bleh agak dari mana. msti ramai geng "burma" yg diberi ic oleh tokwan. sbb dorg cepat sgt membiak. burma dimana2 dibumi malaysia. burma yg dimaksdkan bukanlah rohingya tp burma yg muka mcm siam2 tu. hikhik
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2021 07:55 PM
matbad replied at 2-12-2021 07:23 PM
lni aku bleh agak dari mana. msti ramai geng "burma" yg diberi ic oleh tokwan. sbb dorg cepat sgt me ...

Burmaputra tersenyum sinis

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050244 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top