CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Akibat Dubur Dipam Oleh Kawan Untuk Suka-Suka

2-12-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3416| Komen: 23

Kolkata: Hanya untuk keseronokan, pekerja di sebuah kilang di Benggala Barat didakwa mengepam udara ke dalam badan rakan sekerja melalui dubur.

Portal India Today melaporkan, selepas kira-kira 10 hari dirawat, Rehmat Ali meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Insiden itu berlaku pada 16 November lalu di sebuah kilang jut (sejenis pokok yang seratnya boleh dibuat guni), yang terletak di daerah Hooghly, Benggala Barat.

Rehmat bertugas pada syif malam apabila rakan sekerjanya didakwa menangkap lelaki itu, memasukkan paip ke dalam duburnya dan mengepam udara ke dalam badannya.


Gambar Hiasan


Rehmat Ali dikatakan melawan, namun rakan sekerjanya tidak berhenti daripada melakukan perbuatan berkenaan.

Tidak lama kemudian, kesihatan Rehmat Ali mula merosot menyebabkan dia dikejarkan ke hospital berhampiran.

Pada mulanya, dia dibawa ke Hospital Chunchura Imambara di Hooghly.

Apabila kesihatannya didapati semakin merosot, dia dipindahkan ke sebuah hospital swasta.

Rehmat meninggal dunia selepas 10 hari dirawat akibat kejadian itu.

Doktor berkata, hati Rehmat rosak sepenuhnya akibat tekanan udara.

Selepas kejadian itu, ahli keluarga Rehmat Ali membuat aduan di balai polis Bhadreshwar.

Susulan kejadian, rakan sekerja Rehmat, Shahzada Khan dinamakan sebagai tertuduh utama dalam kes itu.

Shahzada bertanggungjawab membersihkan jut di kilang itu dengan pam udara.

Sementara itu, keluarga Rehmat dilaporkan menuntut pampasan.

Bagaimanapun, pihak kilang masih berdiam diri berhubung isu itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bored_atticus 2-12-2021 11:26 AM
aih.. bukan kawan tu.. tapi setan..
buduh betul permainan mereka. buli.
kesian mangsa
Quote MakareyumSuciey 2-12-2021 11:37 AM
Sbb tu jangan main2 bila kita berada di tempat yg tinggi atau tempat yg dalam..tekanan udara boleh beri impak kepada organ badan. Ni jenis otak ada tapi akal hauk.
Quote chinta89 2-12-2021 12:31 PM
kebodohan apakah ini
Quote tipah89 2-12-2021 12:58 PM
Aneh2 betul peel
Quote bloodyamuk 2-12-2021 12:59 PM
bergurau ala membuli bottom ni dah kenapa?
Quote KIM.K 2-12-2021 01:00 PM
Pernah berlaku kat mesia dulu
Kawan sekerja pam gas ape tah
Quote xy_daen 2-12-2021 01:04 PM
Dah ramai mati sebab kes gini pun bebal lagi...
Quote Kurex 2-12-2021 01:05 PM
Fetish paip ke kau?
Quote lattehazelnut 2-12-2021 01:20 PM
In closet gay ke?
Quote gujiwa 2-12-2021 01:24 PM
bukan ada ke kes ni kat malaysia dulu..
Quote Artemesiaa 2-12-2021 01:27 PM
Bukan kes pertama dulu pun ada kes sama dilapurkan
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2021 01:37 PM
Dubur:

dkIr6kF_d.jpg
Quote KirazMevsimi 2-12-2021 02:40 PM
Ya Allah Ya Tuhan. sakitttttt hati membacanya. pam jugak ke d*bur si pelaku tu, biar dia merasa jugak. amende gurau cenggitu. nyawa orang dibuat main. eeeee
Quote Jitu 2-12-2021 03:12 PM
bodonya
ni bkn bergurau tp menyeksa
Quote -Suri- 3-12-2021 12:21 AM
Bodonya gurauan
Quote cmf_premierleag 3-12-2021 12:32 AM
leluhur spesis ni kalo tak bodoh mmg tak sah
Quote doubleharmonic 3-12-2021 01:08 AM
ko dah apahal babi? sangap nak mintak kena jolok ke lobang boorit ko tu hah babi?
Quote Nenolen 3-12-2021 02:02 AM
lelaki mmg otak letak kat lutut
Quote keane.somewhere 3-12-2021 02:33 AM
Nasib baik hubby tak macam ni walaupun kitorg gay couple.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.324401 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top