CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 4 Bulan Isteri Tak Balik, Rupa-Rupanya Bersekedudukan Dengan Lelaki Pangkat Pegawai

2-12-2021 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1119| Komen: 3

Description: Jakarta – Seorang lelaki di Indonesia yang curiga selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama empat bulan kecewa apabila menemui wanita itu sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki berstatus p ...
Jakarta – Seorang lelaki di Indonesia yang curiga selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama empat bulan kecewa apabila menemui wanita itu sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki berstatus pegawai pemerintah, lapor laman berita Suara.com.


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Tedi itu ‘menangkap’ isterinya, WS sedang curang di sebuah rumah mewah milik pegawai pemerintah yang dikenali sebagai TK.


Foto: Unsplash

“Saya mencari dia (isteri), sehingga akhirnya saya melihatnya sedang berada di lapangan terbang bersama TK,’’ kata Tedi.

Setelah mengekori isterinya ke rumah TK, Tedi mengajak jiran di kawasan itu untuk mencekup mereka.


Kedua-dua mereka akhirnya ditangkap sedang berdua-duaan di dalam rumah tersebut. Setelah digesa, TK akhirnya memberikan akses kepada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk diperiksa polis.

Polis turut menemui beberapa helai pakaian dalam wanita sebagai bukti atas tuduhan bersekedudukan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nononcrux 6-12-2021 11:45 AM
Indon lagi lagi dan lagi.. mata duitan ini cewek
Quote KirazMevsimi 2-12-2021 02:57 PM
mohon dijauhkan. sampai 4 bulan tak balik. sedang asyikkk memadu asmara bersama pegawai pemerintah
Quote CARI-MRO 2-12-2021 11:50 AM
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Tedi itu ‘menangkap’ isterinya, WS sedang curang di sebuah rumah mewah milik pegawai pemerintah yang dikenali sebagai TK.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.198372 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top