Seorang anti vaksin dipenjara kerana meletakkan gam kuat pada kunci pintu di sebuah pusat vaksinasi Covid-19, mengakibatkan 500 orang terlepas janji temu vaksin.
Hayden Brown, 53, dari Gorleston, Norfolk, England mengaku bersalah melakukan jenayah kerosakan pada Jumaat lalu. Dalam kejadian itu, dia menuangkan gam kuat ke dalam lubang kunci premis, sehingga pintu tidak dapat dibuka. Brown juga mengaku membuat kacau ganggu awam dengan menghalang 504 individu daripada menerima dos penggalak Covid-19.
Pertuduhan kedua pula kerana memiliki dadah Kelas B selepas sejumlah ganja ditemui di rumahnya, susulan penahanannya. Brown dihukum penjara selama tiga bulan. Terdahulu, Brown ditahan pada Selasa dan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat vaksinasi. - CARI Sumber: mStar/Mirror UK
|
prettyuglybabe replied at 2-12-2021 10:45 AM
baru la real antivax..
berani buat berani tanggung..
antivax kat sini berani guna keyboard jah..
prettyuglybabe replied at 2-12-2021 10:45 AM
baru la real antivax..
berani buat berani tanggung..
antivax kat sini berani guna keyboard jah..
copy_paste replied at 2-12-2021 11:03 AM
ehh nape dia xckp je dia dikawal 5g,
jd kes pertama manusia dikawal otaknye oleh vaksin hahahahaha,
airfilterkotor replied at 2-12-2021 11:08 AM
Dia belum cucuk microchip lagi.
copy_paste replied at 2-12-2021 11:12 AM
mana leh mcm tu,tindakan mcm tu hanya dilakukan oleh org yg dah divaksin,
mungkin dia dah divaksin ...
sukacactus replied at 2-12-2021 10:55 AM
Hebat la dia pya determination even menyusahkan ramai org
airfilterkotor replied at 2-12-2021 11:22 AM
Tapi di NZ, huru hara yg berlaku kat McD sampai polis datang kasi settle, anti meksin punya kerja ...
ADVERTISEMENT