Di sebalik kemunculan penyanyi Indonesia, Upiak Isil sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) ramai yang tertanya mengenai imej sebenar pelantun Tak Tun Tuang ini.
Ini kerana Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda pernah mencuri perhatian dengan tampil imej berhijab sekitar Jun lalu.Menjawab persoalan tersebut, Upiak terlebih dahulu memohon maaf kepada orang ramai mengenai penampilannya. Akui Upiak, sebelum ini dia sudah berhijab namun selepas memikirkan penampilannya itu seperti tidak sesuai dengan lagu-lagunya, Upiak membuat keputusan untuk tidak lagi memakainya. Selain itu, dia juga ingin menghormati imej wanita berhijab yang lebih ayu dan sopan.
“Saya ingin minta maaf kerana bagi saya dan bukan bercakap pasal orang lain, saya rasa kalau saya melawak dengan imej sebegini tapi bertudung seolah-olah merendahkan nilai dan imej bertudung. Itu perasaan saya. Sebagai contoh saya buat lagu ubat ketiak tapi pakai tudung, buat aksi guling tepi jalan untuk buat orang ketawa tetapi bertudung seperti kelihatan tidak manis.
|
princessmiang replied at 1-12-2021 10:44 AM
menyibuk je indon ni masuk pertandingan dekat malaysia.
ADVERTISEMENT