Tumpat: Menjalankan rutin harian dalam keadaan air di paras pinggang sudah menjadi kebiasaan bagi kira-kira 10 keluarga di Kampung Naga Ibu, Pengkalan Kubor di sini.
Ia berikutan lokasi kediaman mereka hanya berjarak tidak kurang 10 meter (m) sahaja dari Sungai Golok dan setiap tahun menerima limpahan air ketika banjir. Bagi Nariza Ariffin, 45, situasi banjir seakan-akan sudah lali bagi mereka dan ketika orang lain sibuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mereka sekeluarga tetap bertahan di dalam rumah walau pun dipenuhi air. Katanya, biasanya air melimpah sehingga ke paras 1.5 meter (m) di luar rumahnya manakala di bahagian dalam mencecah 0.6m dan mereka enam beranak tidak gusar dengan keadaan itu walaupun mengambil masa hingga seminggu untuk surut.
"Kami sudah biasa dengan keadaan sebegini dan setiap tahun banjir tetap berlaku sama ada besar atau kecil yang akan mengakibatkan air memenuhi sehingga ke dalam rumah. "Segala urusan dilakukan dalam keadaan mengharung air di dalam rumah termasuk memasak dan boleh dikatakan kami tidak tidur pada waktu malam kerana berjaga-jaga jika keadaan di luar kawalan. "Namun kadangkala ada juga terlelap dan kami berhimpit di atas kerusi manakala anak bongsu yang berusia dua tahun diletakkan di dalam besen agar terapung kerana air memenuhi segenap ruang dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Nariza berkata, berikutan sentiasa menerima banjir setiap tahun, rumah pusaka yang berusia lebih separuh abad itu sudah banyak mengalami kerosakan antaranya lantai reput dan simen merekah. Menurutnya, banyak juga perkakas rumah yang rosak setiap tahun walaupun sudah disimpan dan diletakkan di tempat tinggi. "Kami bukan sengaja enggan berpindah tapi mengenangkan keadaan yang tidak selesa di tempat pemindahan selain risau rumah dipecah masuk sepanjang peninggalan menyebabkan kami terus bertahan. "Kami juga sudah menyediakan bekalan makanan mencukupi untuk musim banjir akan datang dan diharapkan banjir kali ini tidak berpanjangan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Simunggu replied at 1-12-2021 10:46 AM
kalau dah tau banjir buat rumah tinggi ada tiang lah
tikusmontok replied at 1-12-2021 12:58 PM
Dah memerut kat tepi sg golok tu, ko berendam pulak sambil masak
UMMI_MAI replied at 1-12-2021 10:49 AM
usaha la buat rumah tiang tinggi ...aduhaiii...boleh pulka membiasakan diri memasak dalam air camtu. ...
ADVERTISEMENT