Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim berdepan detik cemas apabila anak perempuannya, Nur Amna Qalesya, sembilan tahun mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terhantuk di bucu pintu hingga koyak, semalam.
Sheila bekata, dia dan Lan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memeriahkan program Gegar Vaganza (GV) namun terpaksa bergegas pulang sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden menimpa anaknya itu. "Kisah malam tadi, saya dan suami baru saja keluar rumah hendak ke PICC untuk menghadiri program GV. Baru keluar dalam tiga minit, nenek telefon minta patah balik ke rumah kerana dahi Kak Long koyak.
"Rasa seperti hendak meletop dada. Sepanjang hendak patah balik rasa seperti lambat lampu hendak hijau. Sehingga sempat saya melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat punca kejadian. "Jadi nampaklah, luka terbabit berpunca daripada terhantuk pada bucu pintu. Adoilah anak, begitulah sementara hendak besar kan? Nampak gayanya minggu depan sajalah kami ke PICC ya," kata Sheila.
|
cmf_premierleag replied at 29-11-2021 08:08 PM
nana sendayan tersenyum sinis
ADVERTISEMENT