Rita Rudaini kembali lagi, kali ini dalam episod luahan perasaan tentang anak-anaknya yang dikatakan bernasib maang mempunyai ibu yang enngan divaksin seperti dirinya.
Di Insta Story, Rita bergurau dengan menyatakan dia bersetuju atas tuduhan orang ramai mengenai nasib kedua-dua anak lelakinya. “Depa dok kataa..Malang sungguh nasib Ryan dan Arjuna dapat mak bodo tak cucuk vaksin. Tu lah betul laa," tulis Rita. Rita mengakui yang dia bernasib baik tak divaksin dan bersyukur anak-anak pun tak dijadikan bahan ujikaji. "Nasib baik Tuhan jadikan sisturr seorang mak yang bodo tak serah badan dan anak-anak untuk ujikaji." Rita juga bersyukur kerana masih bodoh dan enggan divaksin sampai ke hari ini. "Sisturr syukur jadi bodo betholl". Marilah kita sama-sama bersyukur. -CARI
|
ADVERTISEMENT