CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Anak Lelaki Terkoyak Kepala, Sekarang Dahi Anak Perempuan Lan Solo Koyak

29-11-2021 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6515| Komen: 49

Description: Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim berdepan detik cemas apabila anak perempuannya, Nur Amna Qalesya, sembilan tahun mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terhantuk di bucu pintu hingga ko ...
Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim berdepan detik cemas apabila anak perempuannya, Nur Amna Qalesya, sembilan tahun mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terhantuk di bucu pintu hingga koyak, semalam. 


Sheila bekata, dia dan Lan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memeriahkan program Gegar Vaganza (GV) namun terpaksa bergegas pulang sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden menimpa anaknya itu.

Foto: IG


"Kisah malam tadi, saya dan suami baru saja keluar rumah hendak ke PICC untuk menghadiri program GV. Baru keluar dalam tiga minit, nenek telefon minta patah balik ke rumah kerana dahi Kak Long koyak.


"Rasa seperti hendak meletop dada. Sepanjang hendak patah balik rasa seperti lambat lampu hendak hijau. Sehingga sempat saya melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat punca kejadian.

"Jadi nampaklah, luka terbabit berpunca daripada terhantuk pada bucu pintu. Adoilah anak, begitulah sementara hendak besar kan? Nampak gayanya minggu depan sajalah kami ke PICC ya," kata Sheila.



Terdahulu, Lan dan isteri pernah berdepan insiden sama apabila anak lelakinya, Akid terkoyak pada bahagian kepala pada Ogos 2018.

Lan ketika itu sedang menghadiri sesi temu bual di konti Suria FM. 






Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-11-2021 02:06 PM
Kan cantik hitamkan balik rambut anak. Tapi yg lagi 2/3 tu kenapa diperangkan lagi. Mcm anak jalanan pun ya jugak
Quote lasagna 29-11-2021 02:18 PM
lahhh dah besar bdknya.. camne laa pintu yg besar tu dia boleh langgar? pelik sungguh dik. ke kau kena kacau dgn paranormal activity ke? suspicious sungguh smp terkoyak kulit dahi.
Quote orkidorkido 29-11-2021 02:30 PM
Warna rambut asal akan buat anak-anak nampak lebih bersih. Cepat sembuh dik
Quote Bebawang 29-11-2021 03:12 PM
Anak dia nampak busuk kepam hapak keprak
Quote kiah_mai_pulak 29-11-2021 03:14 PM
kesian anak bajau laut ni. kifarahg lh mak ayah kuat mmbawang
Quote prince_marhaen 29-11-2021 03:28 PM
pakai mask pun tetap terserlah koreng dan kepam ye anak beranak they'ols.
Quote missyL 29-11-2021 03:28 PM
Kesian klo kt ig vid ade anak die mesti ade komen yg xsmpi hati nk bace..
Semoga cpt Sembuh dik
Quote SayaSayangMama 29-11-2021 07:50 PM
Laaaa... (nk ckp sumthing tp xpe la takut dosa)
Quote dudaberhias 29-11-2021 07:54 PM
Kesiannya semoga cepat sembuh...
Peminat nana sendayan hantar ain la tu...
Lain kali nak mengumpat sila mengumpat senyap2 bukan live pada public...

Sambil tu nak jeling2 dan beliak jugak dekat engko sebab akak pun team nana sendayan... Yihhh ....
Quote cmf_premierleag 29-11-2021 08:08 PM
nana sendayan tersenyum sinis
Quote woven11 29-11-2021 08:10 PM
Benci tengok laki bini kaki live ni…. Get well soon dik. Syukor rambut dah itam
Quote kiah_mai_pulak 29-11-2021 08:13 PM
cmf_premierleag replied at 29-11-2021 08:08 PM
nana sendayan tersenyum sinis

tak baik fitnah
Quote timah03 29-11-2021 08:16 PM
Mana cctv nye..  Tak tunjuk pun... Ke gaduh lagi adik bradik....
Quote oggy 29-11-2021 08:35 PM
So, ape yang nak digosipkan ni ... Bakal pencabar Yatt Sejadah kah.. sorang anak selalu jatuh.. yg ni anak dahi koyak
Quote ReginaGeorge 29-11-2021 08:54 PM
Beruk mana pulak ni...
Quote xtravaganza 29-11-2021 09:15 PM
Xmo komen lbh2 sbb bkn salah ank..salah makpak.. ble bsr nti throwback blk tgk gmbr ms diorg kecik2 yg hurmmmm…
Quote Sachacha 29-11-2021 09:19 PM
Edited by Sachacha at 29-11-2021 09:23 PM

Acik2 fb cakap terhantuk sebab menari tiktok
Quote MissVixen 29-11-2021 09:30 PM
Rambut berkarat, budak2 tu dah macam gangster jalanan... Ini siap pakej terkoyak dahi. Sesuai la perangai dan rambut karat tu.
Quote missmeornot 29-11-2021 09:42 PM
Kalau lan ngan isteri telekung dia baca komen acik2 fb kompem sentap 7 keturunan. Silap2 buat live nak kutuk acik fb pulak

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.115797 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top