Pamekasan: Satu mayat reput ditemukan di dalam sebuah rumah kosong, di sini. Menurut pihak berkuasa, mayat lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari sebulan.
Mayat itu ditemukan di rumah milik Dwi Woyono di Pamekasan, Madura pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan. Ketika ditemukan, mayat itu dalam keadaan separuh duduk dan bersandar pada dinding tandas serta memakai seluar. Dwi memberitahu, dia mendapat panggilan telefon daripada penjaga kawasan perumahan yang memaklumkan rumah di sebelah rumahnya dimasuki pencuri dan meminta lelaki itu datang untuk memeriksa rumahnya.
“Keesokannya, saya datang ke rumah itu bersama isteri dan kami memang tidak tinggal di sana sejak membelinya empat tahun lalu. “Ketika sampai di rumah, kami terhidu bau busuk. Baunya datang dari arah tandas dan selepas diperiksa, kami jumpa mayat reput,” katanya. Pasangan suami isteri itu terus menghubungi polis dan mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu terjatuh ketika cuba memecah masuk rumah mereka. Sementara itu, polis akan meneruskan siasatan dan mengenal pasti punca kematian lelaki tersebut. -CARI Sumber: Utusan Online
|
batmana replied at 26-11-2021 02:58 PM
Igtkn Kene 'pagar' smpai xleh cari jln kluar
batmana replied at 26-11-2021 02:58 PM
Igtkn Kene 'pagar' smpai xleh cari jln kluar
Keesokannya, saya datang ke rumah itu bersama isteri dan kami memang tidak tinggal di sana sejak membelinya empat tahun lalu.
ADVERTISEMENT