CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Tarik Perhatian Ramai. ‘Berbungkus’ Persis Kim K ‘Muslimah’ Di Kuala Lumpur Fashion Awards

26-11-2021 01:50 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1662| Komen: 7




Rozita Che Wan atau Che Ta, 48, menarik perhatian ramai apabila hadir berselubung, berbungkus seluruh muka dan kepala dengan kain net bertatahkan berlian dengan gaun berhias taburan 5,000 butiran ‘chunky bead’ di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA), petang semalam.

Che Ta yang menjadi ‘muse’ untuk persalinan berharga sekitar RM50,000 sentuhan pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail yang turut mengenakan persalinan senada.

Menyaksikan kemunculan yang disifatkan persis jelmaan Kim Kardashian ‘Muslimah’ pada malam Met Gala 2021, September lalu, keberanian Che Ta berpenampilan sedemikian menyerlahkan lagi gaya dan aura mahalnya, lapor Kosmo.

Seperti diucapkan ibu kepada tiga cahaya mata itu, rekaan penutup wajah berjaring net itu memang unik namun kena dengan situasi semasa dalam menghindari penularan Covid-19.



“Kami (saya dan Ezuwan) memang berkawan baik malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen sebegini bukan selalu tambahan pula mempunyai kelainan.

“Pelitup muka pula menggunakan kain jaring lembut atau ‘net’ yang berlubang-lubang, sekali gus tidak membuatkan saya berasa sesak nafas,” katanya yang yang kekal dengan busana berbungkus tersebut dari awal sehingga tamatnya majlis.

Paling menarik biarpun wajahnya tidak terlihat oleh sesiapa, Che Ta tetap bersolek cantik seperti biasa. Cuma kali ini, dia tidak perlu terlau kerap melihat telefon bimbit bagi memastikan wajahnya sentiasa kelihatan sempurna.

Apa yang melucukan, ada kalangan netizen cuba menyiasat, adakah Che Ta masih mengenakan bulu mata tebal yang sinonim dengan penampilannya biarpun tidak menampakkan wajah buat khalayak. Hakikatnya, Che Ta perlu menanggalkan bulu mata palsu untuk memakai busana berselubung tersebut.


“Saya tak lemas pun bernafas macam biasa, kalau pegang memang rasa berat. Untuk malam ini (semalam), saya rasa lebih elegan dan ‘oustanding’ (paling menyerlah),” kata Che Ta.

Selain komen-komen nakal, macam hantu pocong, dunia akhir zaman dan kecaman kononnya fesyen Malaysia terlalu terikut-ikut fesyen Barat, terdapat juga netizen yang memetik nama Diva AA yang sebelum ini terkait kes saman berhubung satu kecaman terhadap busana Che Ta.

“Mesti Azwan Ali tengah panas ni hahahaha,” tulis seorang netizen.

Gaun eksklusif tersebut memakan masa selama sebulan untuk disiapkan kerana serba-serbi menggunakan jahitan tangan. Sarung tangan dan pelitup muka berona senada yang turut menggunakan ‘net’ bertatah berlian berwarna perak


Sementara itu, Ezuwan yang.memakai sut berharga RM40,000 menegaskan ilham untuk gaya berkenaan bukan dibayangi sesiapa sebaliknya diinpirasikan daripada musim pandemik. 

Apa pula komen korang tentang fesyen Che Ta ni. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote heythere123 28-11-2021 01:01 PM
anyway, nampak sangat takde novelty. Kinda embarrassing la sebab bukannya designer cikai kan yg tiru ni
Quote heythere123 28-11-2021 01:01 PM
kookiechip: “ilham untuk gaya berkenaan b ...
yang baju Kim K tu daripada dua label tu ke?
Quote Tembikaigoreng 28-11-2021 10:44 AM
Mcm wayar PC kat ofis aku je....
Quote kookiechip 27-11-2021 12:25 PM
“ilham untuk gaya berkenaan bukan dibayangi sesiapa sebaliknya diinpirasikan daripada musim pandemik.”

Padahal ilham drpd balenciaga + balmain.  
Quote Kuasaberganda 27-11-2021 12:27 AM
Squidgamelagi?
Quote nolya 26-11-2021 07:48 PM
I really wonder, selepas ni baju tu jadi ape?  Sape yg membelinya dn kat M'sia ni, nak pakai ke majlis ape ye? Mahal baju tu.
Quote Normabaru 26-11-2021 06:25 PM
untuk fahsyun sanggup kelubung…even ciplak ..


ilham konon…kahkahkkahhh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.136966 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top