Argentina – Berpuluh-puluh pengunjung yang sedang leka mandi-manda di sebatang sungai di Argentina gempar apabila mereka diserang oleh kawanan ikan piranha yang menggigit dan mencederakan orang ramai, lapor akhbar The Sun.
Dalam kejadian tersebut, seorang remaja berusia 13 tahun dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas jari kakinya dilapah oleh ikan pembunuh tersebut, manakala seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun hilang sebahagian daripada jarinya. Kira-kira 30 pengunjung lain dilaporkan turut tercedera dalam serangan serentak dan secara tiba-tiba di Sungai Parana itu.
Sementara itu, wakil sebuah kesatuan bagi anggota penyelamat di kawasan tersebut, Sergio Berardi berkata, serangan itu disebabkan oleh suhu yang tinggi dan kadar air yang rendah. “Kami sering menekankan mengenai kepentingan untuk mematuhi arahan penyelamat terutamanya dalam kalangan keluarga dengan kanak-kanak. Kini, kita telah melihat kemusnahan yang telah diakibatkan oleh piranha. “Apabila anggota penyelamat melihat seorang atau dua pengunjung digigit piranha, mereka akan mengarahkan pengunjung lain untuk keluar dari air. Namun, tindakan itu tidak mencukupi kerana ramai pengunjung berada di situ pada waktu tersebut,” katanya. Tambahnya, anggota penyelamat bertugas ketika kejadian turut bergegas membantu pengunjung yang cedera, dan pada masa sama terdapat yang lain turut diserang. “Ikan piranha sering berenang di bahagian beting sungai, jadi terdapat banyak serangan dilakukan serentak,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Artemesiaa: Euwww mengerikan macam dalam p ...
edayildiz: scarynnyaaa wpn rupanya mcm ik ...
sabundettol replied at 28-11-2021 06:56 AM
Kat malaysia ada tak ikan piranha?
airmineral replied at 26-11-2021 05:18 PM
aku ingatkan dia makan daging yg mmg da berdarah/luka, kalau xberdarah, dia xmakan
edayildiz replied at 26-11-2021 08:44 PM
scarynnyaaa wpn rupanya mcm ikan bawal jer
ADVERTISEMENT