Rumah tangga kali keempat Aishah yang dibina sejak lima tahun lalu kini ibarat retak menanti belah. Penyanyi ini kata dia dah tak tinggal sebumbung dengan suaminya sejak tiga bulan lepas.
"Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu. "Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. "Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,"katanya kepada Berita Harian.
Tambahnya dia kongsi tentang keruntuhan rumah tangga bukan nak aibkan mana-mana pihak, cuma untuk mengelakkan fitnah. "Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti. "Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah... "Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja. "Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan." Semoga Aishah tabah.-CARI
|
ADVERTISEMENT