Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, ungkapan itu dilihat bertepatan bagi menggambarkan budaya bersedekah perlu diamalkan setiap orang bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Bagaimanapun, budaya bersedekah yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama dilihat sedikit tercalar apabila ada segelintir individu dengan sengaja membuka aib golongan miskin ketika melakukan kebaikan tersebut. Dalam konteks ini, kesusahan golongan asnaf dipamer sebagai ‘content’ apabila menerima bantuan seterusnya memberi tekanan kepada keluarga apabila aib kesusahan dijaja. Menerusi satu perkongsian video di Facebook oleh Ustaz Yaakub Yusra Mohd. Yusoff yang juga Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), beliau meminta agar kesusahan golongan asnaf tidak dijadikan ‘content’ untuk kandungan media sosial. “Orang susah tidak mahu diaibkan, kekadang mereka terpaksa, ya Islam mengajar kita tangan memberi lebih baik daripada tangan menerima, tetapi janganlah memberi mendapat kredit dan menerima mendapat malu dan aib. “Sebab itu kita lihat seluruh manusia dia dunia tidak suka dimalukan atau diaibkan, sebab kita kita harap dlama bab ini semua berhati-hati, memberi tidak salah tetapi memberilah dengan tidak calarkan maruah orang lain,” katanya. Dalam perkongsian itu, Yaakub Yusra turut berkongsi mengenai projek Mesin ATM Beras MADAD bagi memastikan golongan asnaf terus dibantu selain mencapai sasaran sifat kelaparan dalam kalangan kumpulan tersebut. Katanya, mesin ATM itu boleh digunakan di pejabat MADAD serta beberapa masjid terpilih di mana asnaf boleh mengambil beras bagi memenuhi keperluan harian mereka. “Golongan asnaf hanya perlu berdaftar dengan imam atau pihak yang diberikan kuasa seterusnya akan menerima kad khas dan boleh digunakan untuk mengambil beras pada setiap hari. “Satu mesin ATM boleh menampung kira-kira 250 kilogram beras dan mereka yang berminat untuk bersedekah, boleh menyerahkan beras itu kepada pihak MADAD untuk tindakan seterusnya,” jelasnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...
Cik_jantung replied at 26-11-2021 01:24 PM
Masalahnya rakyat2 agama pun ramai buat gituuuuu... Sambil memberi... sambil bergambar... sambil b ...
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...
Kurex replied at 26-11-2021 01:19 PM
Jangan jadi mcm kawan aku.. bagi sedekah duit dekat penagih dadah. Lepas tu kata tu urusan dia dgn T ...
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...
wolfheart replied at 26-11-2021 03:22 PM
Betul. Nak tolong, tolong je ikhlas. Tak payah lebih2 buat content. Silap2 org yg ditolong tu tak ...
ADVERTISEMENT