CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Restoran Siakap Seribu Tak Terjejas, Tetap Meriah Dikunjungi Ramai

26-11-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1167| Komen: 22

Description: Langkawi– Walaupun pernah tular kerana menjual hida­ngan siakap seberat 7 kilogram (kg) pada harga RM1,196, operasi Restoran Terapung Sas Rimba, Taman Geoforest Karst Kilim di sini tidak terjejas da ...
Langkawi– Walaupun pernah tular kerana menjual hida­ngan siakap seberat 7 kilogram (kg) pada harga RM1,196, operasi Restoran Terapung Sas Rimba, Taman Geoforest Karst Kilim di sini tidak terjejas dan masih beroperasi seperti biasa.


Tinjauan Kosmo! di restoran tersebut mendapati, rata-rata pelanggan mengetahui status restoran tersebut sebagai restoran yang tular sebelum ini, namun tetap mahu menjamu selera di situ.

Pelancong yang berkunjung ke situ biasanya menaiki bot bagi pakej lawatan ke kawasan bakau di Taman Geoforest Karst Kilim bagi melihat pertunjukan ikan di sangkar selain menjamu selera di restoran berkenaan.


Foto: Kosmo


Seorang pengunjung dari Temerloh, Pahang, Aida Fasiha Mohd. Azman, 26, berkata, mereka memilih untuk makan di situ kerana mengetahui status restoran tersebut telah tular.

“Saya dan keluarga datang ke sini sebab tahu tempat ini sudah tular dan kerana kami ingin melihat sendiri harga yang ditawarkan di restoran ini.

“Kami faham bahawa harga yang diletakkan oleh peniaga adalah munasabah kerana ikan yang dijual betul-betul segar kerana ikan tersebut masih be­renang ketika kami memilihnya,” katanya.

Seorang lagi pengunjung dari Segamat, Johor, Che Nur Syuhadah Mohd. Nawawi, 20, berkata, dia biasa berkunjung ke restoran makanan laut dan akan memilih dan melihat sendiri ikan yang ditimbang sebelum meneruskan pesanan.

“Pekerja restoran turut beri­tahu kepada saya untuk melihat menu dan harga terlebih dahulu.

“Mereka juga menunjukkan kepada kami berat ikan yang ditimbang dan apabila kami bersetuju, barulah ikan tersebut akan dimasak,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! pada 5 November lalu melaporkan sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar kira-kira RM1,196 bagi hidangan se­ekor ikan siakap seberat 7kg di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah awal bulan ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 26-11-2021 02:09 PM
tu smer nak tunjuk deme mampu makan siakap ribu2

kau ada???

Quote Artemesiaa 26-11-2021 02:16 PM
Dah dalam salah satu destinasi pelancongan pasti ada je yang akan singgah
Quote kelapaparut 26-11-2021 02:18 PM
viral dlm sebulan pertama, pastu sendu la..
Quote Belibis 26-11-2021 02:27 PM
Mungkin rate harga dah tak sama.mungkin jugak mo tokey dah berubah cara nak potong leher customer.
Quote harkktuih 26-11-2021 02:40 PM
kalau sape amik pakej mangrove tour segala bagai, boat mmg akan singgah sini..
Quote Acikgomen 26-11-2021 02:46 PM
Go sikin goooo
Lepaih ni sikin pi kedai tak naik bot dah la
Teruih boleh jalan ataih ayaq ko haderrrrrr
Quote kakikuDibibirmu 26-11-2021 02:48 PM
Nak cukupkan nisab dan haul denda LHDN 25 ribu ringgek lettew
Quote ~boolean 26-11-2021 03:09 PM
Edited by ~boolean at 26-11-2021 03:12 PM

tapi bukan ke orang bot sendiri yang bawa pergi sana sebab memang dalam pakej...
edit: dalam news ni pun kata pakej rupanya... nokharom dah kalau memang dalam pakej nak tak nak terpaksa lah juga orang pergi...tapi apa kejadah lawatan tengok ikan dalam sangkar, best lagi tengok ikan kat aquaria...apa punya tak best pakej lawatan..
Quote helicornia 26-11-2021 03:17 PM
~boolean:  Edited by ~boolean at 26-11-2 ...

Mmg klu amik pakej kilim forest dorang bawak singgah tempat bela ikan ni.tp tak paksa pun makan. Dtg tengok ikan je besar2. Iols tk selera la nk makan tengok kedai buruk je
Quote Samerosie 26-11-2021 03:20 PM
Nanti ada gak yg terbodoh ngadu lagi kena bayar ikan seribu lebih.
Quote uori 26-11-2021 03:45 PM
Memang ada dalam pakej untuk kilim mangrove plus lunch, so yang makan situ semua dalam pakej dan takyah bayar dah. Cuma kalau nak tambah boleh je pesan ikut menu bayar asing
Quote mizruncing 26-11-2021 03:50 PM
dah boleh tukar nama siakap seribu laa pas ni. sedap plak nama tu
Quote sharlenetexas 26-11-2021 03:56 PM
Makanlah lagi ikan display.

Quote missus_meow 26-11-2021 03:57 PM
org pon curious nk try makan kat restoran viral ... mungkin sedap masakannya ... pemilik restoran pon mungkin dah perbaiki mo nye ...
Quote makadek 26-11-2021 04:12 PM
Acikgomen replied at 26-11-2021 02:46 PM
Go sikin goooo
Lepaih ni sikin pi kedai tak naik bot dah la
Teruih boleh jalan ataih ayaq ko ha ...


I is insop acik setelah acik ckp i makan bodo2 pn kena 100+ sampai bila asb nk penuh khuens acikkk

Namun rejeki pagi ni dtg bergolek my anaksdra
Bank in sejumlah wang ok i nk p upgrade makan kepci nk dkt setahun tak melawat atok
Quote makadek 26-11-2021 04:15 PM
~boolean replied at 26-11-2021 03:09 PM
tapi bukan ke orang bot sendiri yang bawa pergi sana sebab memang dalam pakej...
edit: dalam news ni ...

Tahla cam noob jah
Ikan dlm sangkaq aqua shh alam pn bole p tgk
Kalau aku koser...
Quote Acikgomen 26-11-2021 05:20 PM
makadek replied at 26-11-2021 04:12 PM
I is insop acik setelah acik ckp i makan bodo2 pn kena 100+ sampai bila asb nk penuh khuens acikkk ...

Agitewwwww ada rejeki tepijak katanye
Tapi ayam kepci la ni haluih tikuih food court lagi gemok dari ayam depa
Quote ketipongtipah 26-11-2021 06:03 PM
Kena paksa tour ..
Quote Friska 26-11-2021 06:40 PM
Suami ngajak saya jalan-jalan ke Langkawi sekalian makan di restoran viral ini tapi saya ndak setuju karena ngabisin duit doang, daripada ke Langkawi mending langsung ke Thailand aja, soalnya nanggung. Menurut saya Langkawi itu overrated, terus loghat Melayunya saya ndak ngerti.

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2021 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.123568 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top