Kuala Lumpur: Isu monopoli industri padi negara yang disiarkan Harian Metro menjadi antara isu dibahas di Dewan Rakyat hari ini.
Ia selepas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Sharif membangkitkan perkara itu dan meminta tindakan tegas diambil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi). Katanya, ia satu perkembangan tidak sihat kerana ia adalah kepincangan yang berlaku sejak sekian lama. "Jika kebanjiran pesawah asing ini tidak dibendung, warga asing pula akan monopoli industri padi negara.
"Ini adalah perkembangan tidak sihat pekerja tempatan kerana dalam beberapa tahun lagi tidak mustahil mereka akan menguasai jelapang padi," katanya sesi perbahasan Belanjawan 2022 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini. Muka depan akhbar ini melaporkan, sebelum ini warga asing hanya dilihat mengisi peluang pekerjaan di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembuatan. Namun, kini terdapat lebih 200 warga Bangladesh dan Rohingya menjadi tauke besar dengan menyewa sawah daripada pemilik untuk mengusahakannya. Kehadiran mereka dikesan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Mafi di tujuh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di seluruh negara sejak beberapa tahun lalu. Situasi itu mencetuskan rasa bimbang kementerian mengenai penguasaan orang luar ke atas sawah milik orang tempatan yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada industri padi negara. -CARI Sumber: Harian Metro
|
awanysss replied at 25-11-2021 01:26 PM
masalahnya.. siapa yang bagi??????????
meleis yg anak2 dah duduk bandar, tak bg mak bapak keje,
mak ...
puan_rohayu replied at 25-11-2021 11:10 AM
Nak salah siapa, budak melayu yg mengaji xpandai pun x sanggup mengerjakan sawah bendang, sanggup lg ...
kotakominami replied at 25-11-2021 06:29 PM
Memang ini la kite nak..acheh bukak kedai makan kedai runcit....bangla bukak carwash...vietnam jadi ...
ADVERTISEMENT