Selepas netizen mempersoalkan kes Ebit Lew yang semakin hari semakin senyap seperti tiada tindakan susulan, pihak polis terus mengeluarkan kenyataan tentang siasatan tersebut.
Seperti yang dilaporkan MyMetro, pihak polis tidak menutup kes gangguan seksual Ebit Lew dan ianya masih dalam siasatan. Namun seperti yang dikatakan Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pihaknya masih menanti maklumat terkini untuk membantu siasatan lanjutan. Netizen dimaklumkan sekali lagi bahawa kes ini tidak pernah ditutup dan tidak ada rujukan untuk tiada tindakan lanjut (NFA) seperti yang didakwa oleh akaun Twitter Edisi Siasat.
Pengendali akaun Twitter Edisi Siasat menyindir pihak polis yang mengambil masa berbulan-bulan menyiasat kes Ebit Lew walaupun mempunyai bukti jelas berbanding kes culik dan bunuh yang boleh diselesaikan dalam masa tujuh hari sahaja. Kes ini disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Apa kesudahan kes Ebit Lew agaknya? Mesti ada pihak tertentu cuba membantu Ebit Lew untuk menutup kesnya nanti supaya tidak didakwa. Ada 'kabel' besar? - CARI
|
Raline replied at 24-11-2021 11:14 AM
dah ada
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5006982&extra=
ADVERTISEMENT