CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muntah Darah, Tak Bermaya- 9 Beranak Trauma Termakan Cendawan Beracun

19-11-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5476| Komen: 54

Dungun – Sembilan beranak serik untuk makan cendawan selepas mengalami keracunan sehingga muntah darah dan tidak bermaya pada minggu lalu.

Nurul Musfirah Ghazali, 32, berkata, walaupun sudah pulih daripada keracunan tersebut pada beberapa hari lalu, mereka sekeluarga masih trauma dengan cendawan.

“Semalam (kelmarin) saya ternampak cendawan tiram, trauma itu masih ada dan tidak mahu membelinya walaupun ia kegemaran kami sebelum ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Nyiur, Paka di sini semalam.


Foto: Kosmo

Dalam pada itu, Nurul Musfirah menafikan dakwaan kononnya mengutip cendawan beracun tersebut kerana kesempitan hidup dan kekangan wang.


Sebaliknya dia menjelaskan, ia lebih kepada keinginan ingin tahu dan mahu rasa cendawan terbabit yang banyak tumbuh melata di sekitar rumahnya sejak akhir-akhir ini.

“Lagi pun ayah saya, Ghazali Mohamad, 65, yang datang ke rumah sebelum itu menyakinkan kami cendawan tersebut boleh dimakan.

“Saya cuma memasukkan empat batang cendawan itu untuk digoreng bersama kacang panjang. Rasanya enak dan kenyal menyebabkan kami tidak me­nyangka ia sebenarnya beracun,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Nurul Musfirah, suami dan tujuh anaknya muntah-muntah sehingga mengeluarkan darah dan sebahagiannya rebah kira-kira sejam selepas menikmati hida­ngan tersebut.

Dalam pada itu, pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Aqilah Mohamad berkata, cendawan yang dimakan sembilan beranak itu sehingga menyebabkan keracunan pada minggu lalu disyaki bukan daripada spesies cen­dawan busut.

“Antara ciri-ciri cendawan beracun ialah berwarna cerah, mempunyai tanda berbentuk cincin dan bengkak pada bahagian pangkal,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sembarangan mengutip cen­dawan yang tumbuh di sekeli­ling rumah kerana ia dikhuatiri beracun. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-11-2021 11:44 AM
Bukan semua jenis cendawan boleh dimakan sebab banyak juga jenis yang beracun.  Kadang bentuk yang boleh dimakan dan beracun pun nampak lebih kurang sama membahayakan bila terambil yang beracun.
Quote LadyCarefree 19-11-2021 12:17 PM
Hati2 bila makan cendawan. Cendawan pensel ikea lg rentung boleh gak diceraikan tp kalau cendawan gini boleh membawa maut.
Quote monreyes 19-11-2021 12:26 PM
aritu beli cendawan busut dari my fren.. dpt dah kembang..frust btoi.. ingatkan masih kuncup.. aku letak je kat dapur.. esoknya..plastik dia gedik2 je.. omg ulat besor2...
Quote Mulan 19-11-2021 12:27 PM
Macam drama Nasinya Tumpah pula
Quote chazey 19-11-2021 12:50 PM
Iya, memang cendawan tu nampak seperti legit untuk dimakan. Syukur takda yang mati.
Quote makadek 19-11-2021 12:51 PM
Yg ni tmpt aku byk..tp mmg tau beracun

Quote Thunderclouds 19-11-2021 12:54 PM
Trigat drama jaman dlu yg setup dlm studio ja. Mkn cendawan bracun,abeh muntah darah. Suma mati.
Quote Minami2013 19-11-2021 02:00 PM
Good info. Nmpak mcm rupa cendawan yg biasa mkn
Quote mbhcsf 19-11-2021 02:06 PM
Ya Allah



wahai Nurul Musfirah ( sedap nama ) bukan semua cendawan  boleh ngap ngap gitu saja, beli je kat supermarket ....kalau nak kutip cendawan kena tanya mak mak atau makcik mak cik yg tahu ...


jgn makan cendawan lah if in doubt baik tanya pihak MARDI ke pihak pegawai botani ke , semua

tapi kalau ada pertanyaan herba herba yg kita tak pasti staus keracunan etc

sapa sebenarnya  kita patut hubungi ?

takkan KKM?

adakah pusat racun negara?
pegawai botani  pun daripada agensi mana?
Quote Belibis 19-11-2021 02:28 PM
Mulan replied at 19-11-2021 12:27 PM
Macam drama Nasinya Tumpah pula

Tu dari cerpen Fatimah Busu ke?? Ingat lagi zaman2 sekolah ,ada dalam subjek sastera.
Quote musangbodoh 19-11-2021 02:29 PM
paling sng nk tau beracun...test kt binatang dulu...bukan nk naya...tp dorang tau..dan x mkn walau ko paksa
Quote Azharitubunga 19-11-2021 02:59 PM
Belibis replied at 19-11-2021 02:28 PM
Tu dari cerpen Fatimah Busu ke?? Ingat lagi zaman2 sekolah ,ada dalam subjek sastera.

Kan.. cerpen karya fatimah busu... Nasinya tumpah
Quote sharlenetexas 19-11-2021 03:09 PM
Azharitubunga replied at 19-11-2021 02:59 PM
Kan.. cerpen karya fatimah busu... Nasinya tumpah

Ada tayang kt tv6 baru ni.

Quote wallflower 19-11-2021 05:11 PM
mbhcsf replied at 19-11-2021 02:06 PM
Ya Allah



Ayah dia dah kata boleh makan
Quote akies 19-11-2021 05:19 PM
Kesian..mungkin dia ingat boleh makan dan kutip buat lauk. Mujur takde pape
Quote Daftpunk_shine 19-11-2021 05:40 PM
monreyes replied at 19-11-2021 12:26 PM
aritu beli cendawan busut dari my fren.. dpt dah kembang..frust btoi.. ingatkan masih kuncup.. aku l ...

Sedap ke cendawan busut?
Quote stingerpimple 19-11-2021 05:45 PM
mbhcsf replied at 19-11-2021 02:06 PM
Ya Allah



you cannot make things easy for people kan?

botany la zoology la ...

anyway pihak mc d dah get back to you utk penjelasan?

ko jgn jawab kalau tak nak kena hampuk kaw kaw dgn aku...nanti mod hanat Lelamalapetaka7 dah ban aku kalo nak reply...reply la

kahkahkahkah
Quote stingerpimple 19-11-2021 05:46 PM
Daftpunk_shine replied at 19-11-2021 05:40 PM
Sedap ke cendawan busut?

ko tanya si busut...tentula busut jawabnya
Quote bambimo 19-11-2021 06:02 PM
Ya Allah mcm cerita drama aku tgk kecik2 dulu yg marlia musa jd kakak... Drama apa tu nasinya tumpah

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055431 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top