CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Tak Berubah, Darling Dan Anne Ngasri Terkejut Digelar Awet Muda

19-11-2021 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7497| Komen: 48

Datin Anne dan Darling Ngasri tidak menyangka gambar bersama adik-beradiknya yang dirakam pada pertemuan keluarga baru-baru ini menjadi viral.

Malah, rata-rata netizen berasa kagum dengan mereka adik-beradik yang tidak dimamah usia atau awet muda sedangkan usia masing-masing sudah menjangkau angka 30-an dan 40-an.

Darling atau nama sebenarnya, Nasreen Ngasri yang kini sudah berusia 38 tahun dan memiliki seorang anak lelaki, Nur Nashrullah, 10, nyata terkejut dengan reaksi yang diterima daripada netizen terutama soal awet muda.


Foto: Twitter/Kosmo

“Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu gambar tersebut viral. Sebenarnya memang kami jarang mengambil gambar berempat, tetapi tidak sangka menerima reaksi sedemikian.


“Sejujurnya saya tidak rasa muda sebaliknya semakin tua, sekarang jika hendak berlakon pun perlu lihat watak yang sesuai. Saya sudah berusia 38 tahun, Anne, 37, Bell, 41, dan Boy, 47.

“Lagi membuatkan saya berasa lucu, kami semua sudah menjadi nenek dan datuk kerana anak sulung Boy pun sudah dapat anak,” jelas Darling sembil ketawa.




Sementara itu, Anne yang ditemui di set penggambaran drama Alamak Lagi Lagi Dia di Wins Boulangerie, Kuala Lumpur semalam turut terkejut dengan gambar viral tersebut.

Menurut Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, sebagai ibu kepada enam orang anak termasuk seorang anak tiri, dia tidak pernah berasakan dirinya muda walaupun secara fizikalnya tidak begitu banyak berubah.

“Tidak ada petua awet muda sebab saya sendiri sudah rasa tua. Walaupun memiliki anak yang ramai, mungkin saya jenis periang dan tidak terlalu banyak berfikir perkara negatif menyebabkan orang rasa saya muda,” ujar Anne.



Tambah isteri kepada Datuk Sumali Reduan itu, dia berasa cukup terharu melihat komen positif daripada netizen dan tidak menyangka masih memiliki peminat yang ramai.

Hal ini kerana, selain abangnya Bell Ngasri, 41, yang masih aktif dalam lakonan, Anne sudah jarang muncul di kaca televisyen kerana komitmen terhadap keluarga, manakala Darling pula sibuk sebagai penerbit.

“Jika ikutkan memang Bell yang lebih dikenali pada hari ini kerana dia sahaja yang masih aktif berlakon. Justeru, saya tidak sangka peminat masih ingat drama lakonan saya dan meluahkan rasa rindu mereka untuk melihat saya kembali berlakon.

“Ada yang kata rindu dengan drama Dunia Baru dan Cili Padi, tetapi sekarang saya sudah menjadi cili boh (ketawa). Sebenarnya, dua drama itu memang meninggalkan kesan buat saya,” kata Anne.



Sambung Anne, seperti mana peminat yang membesar bersama drama Dunia Baru, dia juga mengakui berasa begitu dekat dengan karya arahan M. Hitler Zami itu.

“Walaupun drama Dunia Baru mula diterbitkan pada 2006, semua barisan pelakon masih rapat sehingga hari ini. Malah, kami mempunyai ‘group WhatsApp’dan merekalah antara rakan artis yang rapat dengan saya.

“Mungkin sebab watak-watak dalam drama tersebut adalah kami yang sebenar. Watak Madihah adalah saya, sampai hari ini jika rakan-rakan lain mempunyai masalah, saya akan menjadi orang tengah membantu selesaikan masalah atau tolong kecohkan lagi (ketawa).

“Apapun terima kasih kepada peminat kerana masih mengingati kami adik-beradik. Komen-komen positif mereka menjadikan kami semua lebih bersemangat dan berasa sangat dihargai,” tutur Anne yang merupakan anak kelima daripada enam beradik.

Selain Bell, Darling dan Anne, seorang lagi abang mereka, Naszeli Ngasri atau lebih dikenali sebagai Boy juga seorang pelakon sekitar 1980-an dan 1990-an. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 19-11-2021 09:30 AM
Kak long dia tak join sekali eh? Duk mana dia ya? Hat tu pun awet muda juga.
Boy tu umur 47 pun masih sama je muka dari dulu laa gitu.
Tengok gambar dia masa ank dia kawen tu dh mcm dia lak yg kwen sbb nampak muda je lagi pdahal dkt 50 dah.
Dukung cucu pun tak nampak atok2.
Quote ketupatnasi 19-11-2021 09:32 AM
Adik badik memang awet muda.
Bell tu lagi la sekali dgn pakej perangai gila2
Quote nononcrux 19-11-2021 10:10 AM
suka gila family ngasri ni, relax je takde gelabah nak popularity sbb org mmg kenal dili dari cilipadi heheh
Quote luluaurora 19-11-2021 10:17 AM
suka tgk muka annee
bersih cntik,
adik bradik awet mudaa...
Quote dudaberhias 19-11-2021 10:19 AM
Memang nampak muda pun plus macam budak2 sebab katik, tapi muka deorang tetap kepam & caprut la.
Quote KIM.K 19-11-2021 10:46 AM
Tak makan usia
Chinese face reader kata kalau muka kita tak berubah maknanya prinsipal, foundation kita pun tak berubah dulu sampai sekarang
Quote Normabaru 19-11-2021 10:49 AM
pakai filter nenek bkedut pon nmpk muda remaja yach..tgk depan baru tau awet muda ke awek tuwe kerepot ke kohkohkoh
Quote makadek 19-11-2021 10:53 AM
Dia ada kakak sorang lg
Rambut kenten.  Tk berlakon sgt
Quote VirusDetected 19-11-2021 10:55 AM
Quote bakingsoda 19-11-2021 11:01 AM
takleh brain seorang atok muka camtu kalau bawak cucu jalan2 boleh tersilap ingat bawa anak meanwhile ada yg muka atok2 bawa anak sendiri tapi disangka jaga cucu pulak
Quote aduh2sayang 19-11-2021 11:20 AM
bell memang jenis gila2. jumpa depan2 pun macam tak reti dok diam..riuh je
Quote Acikgomen 19-11-2021 11:33 AM
Suchi replied at 19-11-2021 09:30 AM
Kak long dia tak join sekali eh? Duk mana dia ya? Hat tu pun awet muda juga.
Boy tu umur 47 pun masi ...

Nama nye lis tak silap acik, yg tu lagi lah low profile
Si boy tu masa muda2 wife dia meninggal lepas beranak ke caner tah. Skang dah kawin lain
Quote 3480 19-11-2021 02:32 PM
Mna kakak depa hah? Mesti nmpk muda lg
Quote asfaz 19-11-2021 03:24 PM
luluaurora replied at 19-11-2021 10:17 AM
suka tgk muka annee
bersih cntik,
adik bradik awet mudaa...

Kulit dia cntik kan.
Quote wnwa05 19-11-2021 03:32 PM
Yak yak yeah.. Bell memang masuk air
Quote chazey 19-11-2021 03:32 PM
Edited by chazey at 19-11-2021 03:34 PM

Keluarga Olsen versi tanahair.
Quote Samerosie 19-11-2021 03:36 PM
Eh si Boy tu nampak lagi muda pula dari Bell.  Kat ITM dulu nampak macam lagi tua dari gambar sekarang, ke filter?
Quote talapia 19-11-2021 04:30 PM
mak pak dorang pon nampak muda dari usia rasanya...
Quote newyork 19-11-2021 06:49 PM
Untung aa genetik muda..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.140333 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top