Shahrol Shiro, 37, menyarankan kepada golongan pelawak yang mahu meniru watak seseorang perlulah meminta izin tuan badan terlebih dulu.
Shahrol berkata, keizinan itu seelok-eloknya diminta dulu agar tidak menyinggung mana-mana pihak ketika ia dipersembahkan sebagai bahan lawak kepada penonton. Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menerusi hantaran di Instagram berkata, membuat persembahan meniru watak seseorang itu tidak salah, asalkan lebih manis didahulukan dengan meminta izin. "Dulu saya pun pernah meniru watak pelakon, Nasir Bilal Khan dan sebelum itu saya berhubung dengannya dan mohon keizinan terlebih dulu. Sebenarnya, watak seseorang yang ditiru itu tiada masalah tetapi dibimbangi netizen dan penonton jadi kurang senang," tulisnya.
Hantaran berbaur peringatan penting ini dibuat Shahrol di Instagram selepas berkongsi beberapa keping foto dia bersama anggota kumpulan Puteh iaitu Ali, Mamak dan Vicha bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Melaka untuk memohon maaf. Sebelum ini, tular di media sosial video persembahan kumpulan Puteh di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021), malam Ahad lalu yang didakwa netizen mempersendakan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
|
Bebawang: Mnyampahnya lah tgk dia ni..bk ...
prince_marhaen replied at 18-11-2021 09:24 AM
Semua benda nak jadi orang tengah, nak ulas, nak terpaling wiseman....yihhh! Dah la kuat sentap... n ...
ADVERTISEMENT