CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua 'Karen' Selamba Tak Pakai Mask Jalan-Jalan Di KLCC

18-11-2021 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2587| Komen: 13

Polis membuka kertas siasatan berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 oleh wanita warga asing di laluan pejalan kaki Taman KLCC di sini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengesan satu posting beserta gambar yang dimuat naik di laman media sosial Twitter menunjukkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka.


Foto: Twitter

“Hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik menunjukkan wanita tersebut dilihat sedang berjalan kaki dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di Taman KLCC.

“Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan PPN) 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Noor Dellhan menegaskan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP dan tindakan undang-undang akan diambil bagi mana-mana individu yang ingkar.

Terdahulu, tular satu hantaran di Twitter milik @AdibahOj dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 18-11-2021 08:58 AM
Kalau aku bump dgn minah karen 2 ekor ni
Mmg aku sound suh berambos
Quote shernazz 18-11-2021 09:09 AM
Buat buat batuk depan depa.lahhh
Quote mizruncing 18-11-2021 09:09 AM
laju je polis bukak kertas
Quote prettyuglybabe 18-11-2021 09:38 AM
ummah sanjungan forum kannnnn
Quote Kuasaberganda 18-11-2021 11:24 AM
Bila orang asing di agung agungkan. Rakyat sindiri, kina herdik dengan nepal guard sebab tada mask.kahkahkahkah
Quote slyfynx 18-11-2021 11:34 AM
Sile tag retis hidung pelesu rakyat Florida tu
Quote damsel_fiji 18-11-2021 11:37 AM
aritu ai jalan2 kat chowkit pun selamba jah jantan foreigner ni dgn bangganya jalan2 x pakai mask
Quote hyie 18-11-2021 11:42 AM
geng kayangan khuenz...kabel kuat. Pihak berkuasa pon terkial2 tak tau nak buat apa sebab dah tau nanti kes lepas gitu aje. Well, u know..
Quote makneng 18-11-2021 12:03 PM
Kalau buat kat temasek.. Dah selamat kau kena deport acik Karen oiii
Quote Skuau 18-11-2021 12:11 PM
"Malaysia Boleh"- semua warga asing yg ada dibumi Msia.
Quote nikaido 18-11-2021 12:19 PM
Ko nak jln2 dkt taman klcc tu tanak pakai mask pakaila track suit @ yoga pants barulah org xpersoal
Quote aechae 18-11-2021 12:21 PM
Dh viral bru lh buka siasatan
Quote dani-rox 18-11-2021 03:23 PM
semacam jah kebal Karen nih... Gol. kayangan tanah air pun patuh SOP pandemik.
Adakah Karen pegang rahsia paling hitam KERAbat *tut*? yalorr BFF katanyerr

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053585 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top